NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bukan Sekadar Cuci Mata! Teroka Litar Halangan Ekstrim, Cuba Simulator Penerbangan & Pandu Uji Lebih 70 Kereta Terkini Di KLIMS 2026

Bukan Sekadar Cuci Mata! Teroka Litar Halangan Ekstrim, Cuba Simulator Penerbangan & Pandu Uji Lebih 70 Kereta Terkini Di KLIMS 2026

Pameran automotif paling ikonik di Malaysia, Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), kini kembali untuk edisi ke-11 dengan meneruskan tema ‘Beyond Mobility’.

Berlangsung selama 10 hari bermula 12 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), acara ini bakal menjadi medan pertemuan inovasi, reka bentuk, dan teknologi automotif terkini. Dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), KLIMS 2026 bukan sekadar pameran kenderaan biasa, malah ia merupakan platform strategik yang menghubungkan pemimpin industri, penggubal dasar, dan peminat automotif untuk membentuk masa depan mobiliti negara.

Pengunjung bakal disajikan dengan pameran eksklusif kenderaan daripada jenama global yang merangkumi pendedahan kereta konsep serta pelancaran produk baharu yang belum pernah dilihat di pasaran tempatan.

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri prestasi kenderaan terkini, lebih 70 buah kereta untuk di pandu uji disediakan oleh jenama-jenama yang terlibat

Selaras dengan tema ‘Beyond Mobility’, KLIMS 2026 memperkenalkan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik bagi memastikan pengalaman menyeluruh untuk semua peringkat umur:

 

Aktiviti ‘Hands-On’ Menyeluruh: Bukan Sekadar Cuci Mata Selaras dengan tema ‘Beyond Mobility’, pengunjung tidak lagi menjadi pemerhati. Anda adalah sebahagian daripada pameran melalui senarai aktiviti interaktif berikut:

  • Urban Play: Litar halangan (obstacle course) binaan khas diperkenalkan untuk mencabar ketahanan fizikal, kuasa, ketepatan, dan kawalan anda.
  • Pandu Uji Lebih 70 Kenderaan: Peluang keemasan untuk merasai sendiri adrenalin, tork elektrik, dan kualiti pengendalian lebih 70 buah kenderaan terkini secara back-to-back di satu lokasi.
  • Cabaran Simulator & Litar RC: Uji refleks dan racing line anda di dalam kemudahan Simulator Penerbangan dan Kereta Lumba profesional, atau tunjukkan skil kawalan pendikit di Litar Kereta Kawalan Jauh (RC).
  • Kolaborasi Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Berinteraksi dengan jentera Formula, kereta lumba, dan motosikal berkuasa tinggi. Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi ramah mesra bersama pelumba profesional.

Gaya Hidup, Modifikasi & Hiburan Tanpa Henti

Bagi mereka yang berjiwa custom, buktikan ketajaman mata anda di acara Modified Car Battle (13 & 14 June) sambil dihiburkan dengan rentak muzik dari DJ Playground. Pengunjung juga boleh meluangkan masa di Hobbyist Hub yang menghimpunkan pelbagai vendor pasaran tempatan.

Satu lagi tarikan istimewa untuk penggiat industri dan media adalah rakaman secara langsung audio siar (live podcast), The Overdrive Session Automotive Podcast, ambl peluang untuk melihat sendiri di sebalik tabir perbincangan automotif.

Kemuncak hiburan pada hujung minggu terakhir (20-21 Jun) akan meletup melalui kolaborasi bersama platform kreatif RIUH. Pengunjung bakal disajikan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis tempatan seperti FUGŌ, Kyoto Protocol, Adrian Danial, TY:DEL, dan banyak lagi. Turut memeriahkan suasana adalah persembahan drumline oleh Voice of Percussion serta tarian fusion oleh Siluman Production!

Maklumat Tiket & Akses

Pihak penganjur menawarkan harga tiket yang berpatutan bagi menggalakkan kehadiran orang ramai:

  • Dewasa (12 tahun ke atas): Percuma (Hari Biasa) / RM30 (Hujung Minggu & Cuti Umum).
  • Kanak-kanak (Bawah 12 tahun): Masuk Percuma.
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): Percuma (Hari Biasa) / RM15 (Hujung Minggu).
  • Pelajar (wajib kemukakan kad pelajar) & OKU: RM15 (Setiap hari)
  • Pakej Istimewa: Pas Akses Tanpa Had (RM80) dan Pas Kombo 5 Orang (RM100).

Orang ramai dinasihatkan untuk membeli tiket secara dalam talian melalui  https://reg.klims.com.my/Account/RegisterVisitor  bagi mengelakkan kesesakan di kaunter.

Pengunjung juga boleh menyertai Cabutan Bertuah dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM 125,000 termasuk Hadiah Utama Perodua Bezza serba baharu! (T&C: Penyertaan terbuka kepada semua pemegang tiket berumur 18 tahun ke atas).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan inovasi mobiliti masa depan hanya di KLIMS 2026!

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD