By: Melissa Alias

Trump Kenakan Tarif Sebanyak 25% kepada Malaysia Mulai Ogos

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengumumkan kadar tarif yang lebih tinggi ke atas produk dari Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara lain dalam usahanya untuk merundingkan perjanjian perdagangan baharu. Namun, pelaksanaannya ditangguhkan sehingga Ogos. Menurut laporan New Straits Times, negara seperti Indonesia, Bangladesh, Thailand, Afrika Selatan dan Malaysia menerima notis bahawa eksport mereka ke […]

11,069 Unit Berjaya Dijual Proton pada Jun 2025 – Jualan Menurun, Pegangan Pasaran 20.7%

Prestasi jualan bulan Jun telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 11,069 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia. Data jualan menunjukkan penurunan berbanding dengan jumlah jualan pada Mei iaitu sebanyak 13,328 unit. Jualan keseluruhan bagi enam bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 72,156 unit berjaya […]

Enam Sekeluarga Ditemui Berpelukan Dalam Kereta Tenggelam di Sungai Korok

Enam sekeluarga yang ditemui mati dalam sebuah kereta yang tenggelam di Sungai Korok dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal, apabila kesemua mayat dijumpai berpelukan di bahagian belakang kenderaan. Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, dua orang dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berusia enam bulan ditemui di bahagian […]

Penutupan Jalan Berperingkat di Lembah Klang Sempena ASEAN 2025 – 8 hingga 11 Julai

Laluan trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama di Lembah Klang akan dialihkan secara berperingkat dari 8 hingga 11 Julai sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata, laluan yang terlibat […]

Tempahan Proton X50 Serba Baharu Kini Dibuka – Terima Rebat Tunai RM1000, Tawaran Eksklusif

Proton kini membuka tempahan untuk model Proton X50 serba baharu secara rasmi selepas satu majlis pelancaran meriah diadakan di Setia City Mall dengan tema “READY TO ROAR”. Model baharu ini tampil dengan rekaan lebih berani, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 yang dinaik taraf, serta skrin infotainmen 14.6 inci yang canggih. Ia turut menampilkan sistem […]

Lelaki Cedera Parah, Jatuh Atas Landasan LRT di Stesen Subang Alam

Seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjatuh ke atas landasan LRT di stesen Subang Alam, Laluan Kelana Jaya, Shah Alam pagi ini. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8:07 pagi. Seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba […]

Art of Speed Malaysia 2025 Kembali dengan Pelbagai Tarikan Baharu!

Festival budaya kustom dan gaya hidup alternatif terbesar di Malaysia kini kembali! Art of Speed 2025 (AOS 2025) akan sekali lagi berlangsung di MAEPS Serdang, lokasi yang luas dengan kawasan dalaman dan luaran yang mampu menampung ribuan pengunjung dengan lebih banyak aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang hujung minggu. 📍 Lokasi: MAEPS Serdang📅 Tarikh: 26 & […]

Cubaan Rompakan Gagal, Lari Ketakutan Lepas Dengar Bunyi Tembakan

Cubaan empat lelaki bersenjatakan parang untuk menyamun penumpang sebuah kereta gagal apabila salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan, menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri, lapor Kosmo!. Insiden berkenaan dirakam oleh kamera CCTV di sebuah stesen minyak, dipercayai di sekitar Johor Bahru, dan video berdurasi dua minit itu kini tular di media sosial. Kejadian dikatakan berlaku […]

Pemandu Bas Ekspres, Tiga Penumpang Dikenakan Saman – Tak Pakai Seatbelt

Seorang pemandu bas ekspres dan tiga penumpang di Terengganu telah dikenakan saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas seluruh negara oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bermula pada 1 Julai. Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion, berkata sebanyak 85 buah bas ekspres dan pelancongan telah diperiksa selepas penguatkuasaan arahan baharu yang mewajibkan pemandu […]

Kereta Neta Kini Disenarai Hitam oleh Grab Malaysia untuk E-Hailing – Faktor Keselamatan

Grab Malaysia baru-baru ini memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan kenderaan jenama Neta dalam perkhidmatan e-hailing mereka. Neta ialah jenama kenderaan elektrik dari China dan setakat ini telah melancarkan dua model di Malaysia iaitu Neta V dan Neta X. Secara amnya, Grab menerima semua model kereta yang berusia bawah 14 tahun untuk digunakan dalam platform mereka, […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD