passionately driven

By: Melissa Alias

Proton X90 Rasmi Dilancarkan di Bangladesh

Model SUV Proton, X90 telah dilancarkan secara rasmi di Bangladesh pada 29 Februari lalu. Turut hadir bersama bagi merasmikan acara itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, dan Pengarah Urusan Kumpulan, RANCON Holdings Berhad, pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan PROTON di Bangladesh, […]

Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Dilancarkan ke Pasaran Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan secara rasmi model baharu mereka iaitu Touareg R-Line yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ke dalam pasaran Malaysia. SUV Flagship ini bakal dipasang secara tempatan (CKD) dan harga yang ditawarkan adalah RM469,990 termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP). Sejak Touareg generasi pertama dan kedua memasuki pasaran Malaysia satu ketika […]

Waze Akan Maklumkan Bonggol Atas Jalan, Lencongan Tajam

Aplikasi Waze hari ini telah menjadi pilihan navigasi utama bagi semua pemandu yang ingin memandu ke sesebuah destinasi. Selain untuk melihat navigasi, ia juga berfungsi untuk memberitahu sebarang kesesakan yang berlaku dan perkembangan di atas jalan raya seperti kerja-kerja penyelengaraan. Kini, Waze telah menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka. Telah dikongsikan oleh Google bahawa […]

Kajian Pelaksanaan Lemon Law di Malaysia Bakal Dibuat Tahun Ini

Menurut laporan The Star, kajian pelaksanaan undang-undang lemon law untuk kenderaan akan dijalankan pada tahun ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dengan adanya undang-undang lemon law ini, pelanggan boleh membuat tuntutan ganti rugi sekiranya kenderaan yang mereka beli rosak atau gagal mematuhi tahap […]

Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) dari Taiping ke Beruas Dibuka Malam ini – Tol Percuma 2 Bulan

Jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) telah siap sepenuhnya dan dirasmikan hari ini oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Menurut beliau, ia akan dibuka kepada pengguna lebuhraya mulai jam 12.01 pagi, Selasa. Pihak konsesi juga bersetuju untuk memberikan tol percuma […]

80% Pembeli Proton dan Perodua Pilih Pinjaman 9 Tahun

Kira-kira 80 peratus pembeli kereta Proton dan Perodua memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun menurut laporan dari Bank Pelaburan, AmInvestment Bank. Dalam satu nota penyelidikan yang dikeluarkan, demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah memilih Proton dan Perodua sebagai pilihan utama kenderaan mereka. Tidak cuma itu, malah dikatakan kenderaan sedemikian dibeli hanya sekadar untuk keperluan […]

Pasar Raya Mydin Manjoi Terbakar, Bomba Diarah Keluar Akibat Runtuhan

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.09 malam semalam. Semasa operasi pemadaman sedang dilakukan, difahamkan bahawa berlakunya runtuhan pada dinding bangunan tersebut dan sepasukan 15 anggota bomba yang berada di bahagian dalam Pasar Raya Besar Mydin di […]

Syarikat Konsesi Sedia Hadapi Kesesakan Sepanjang Ramadhan – LLM

Persediaan rapi terutamanya pada waktu kemuncak agar perjalanan pengguna lebuh raya selesa, selamat dan lancar sepanjang sepanjang bulan Ramadhan telah diarahkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada semua Syarikat Konsesi Lebuh Raya. Menurut LLM, mereka menjangkakan peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya bertol semasa pulang atau pergi bekerja pada bulan Ramadhan yang akan bermula […]

Pembelian 2,000 Pertama Omoda E5 Bakal Nikmati Pakej Eksklusif Bernilai RM11,000

Bermula dari semalam, 8 Mac hingga Ahad ini, 10 Mac, Chery Malaysia menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman memandu Omoda E5 di mana-mana ruang pameran Chery seluruh negara. Omoda E5 ini didatangkan dengan sejumlah 4 warna, termasuk Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey dan Dark Black dengan harga RM146,800. Pakej eksklusif bernilai RM11,000 akan diberikan kepada 2,000 tempahan pertama yang menempah […]

Agong Kurnia X90 kepada KPN, Pegawai Kanan Istana Negara

Bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara. Antara yang turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, pegawai agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh, bekas […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD