Berita

Nissan Dibebani Hutang Tinggi, Mungkin Alami Kerugian Sehingga AS$5.3 bilion

Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan, yang merupakan antara 10 pembuat kereta terbesar di dunia, memberi amaran bahawa ia mungkin mengalami kerugian sehingga AS$5.3 bilion bagi tahun kewangan 2024-25. Menurut laporan New Straits Times, Nissan kini dibebani hutang yang tinggi dan sedang mengurangkan jumlah pekerja. Syarikat ini juga berdepan cabaran seperti tarif kereta yang dikenakan oleh […]

MINI Malaysia Lancar 4 Model Baharu – 3 Model JCW, Cooper Convertible, Harga Bermula RM219k

MINI Malaysia, telah melancarkan 3 model John Cooper Works (JCW) baharu serta MINI Cooper Convertible ke dalam pasaran Malaysia. Berikut adalah harga jualan penuh semua model (on-the-road tanpa insurans): The New Mini JCW : RM318,888 + RM12,100 (Extended Warranty & Service Package) The First Ever All-Electric Mini JCW : RM218,888 + RM6,300 (Extended Warranty & […]

Denza Malaysia dan Maybank Tandatangan MoU – Kadar Serendah 1.75%, Kelulusan Pinjaman Lebih Cepat

BYD Malaysia, pengedar rasmi DENZA di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Maybank. Perjanjian ini menandakan permulaan kerjasama strategik untuk memudahkan pembiayaan kenderaan elektrik (EV) dan menyokong usaha negara ke arah pengangkutan yang lebih mesra alam. Melalui kerjasama ini, Maybank dilantik sebagai rakan pembiayaan pilihan untuk DENZA. Mereka akan menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan kepada […]

JomCharge dan Alliance Bank Lancar Virtual Credit Card Pertama Khas untuk Pengecasan EV

JomCharge, rangkaian pengecasan EV terkemuka di Malaysia, telah bekerjasama dengan Alliance Bank untuk melancarkan Virtual Credit Card (VCC) pertama di negara ini yang direka khas untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV). Kad ini menawarkan ganjaran istimewa dan pembayaran yang mudah untuk pengguna EV di seluruh Malaysia. Pengguna boleh memohon kad maya ini secara terus melalui aplikasi […]

Rugi Hampir RM1.8 Bilion, Foodpanda Umum Tamat Operasi di Thailand

Foodpanda, jenama penghantaran makanan di bawah syarikat Jerman Delivery Hero, mengumumkan penamatan operasinya di Thailand bermula 23 Mei 2025. Keputusan drastik ini merupakan sebahagian daripada strategi penstrukturan semula syarikat untuk memberi fokus kepada pasaran di Asia Pasifik yang dilihat lebih berpotensi mendatangkan keuntungan jangka panjang. Walaupun perkhidmatan penghantaran akan dihentikan, pasukan serantau Delivery Hero yang […]

Lebih RM24 Juta Diperoleh Melalui Bidaan Nombor Siri ‘A__A’ – Anthony Loke

Anthony Loke ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta bagi Pengendalian Kenderaan EV yang berlangsung di Port Klang Cruise Terminal, hari ini.  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa(NPI) Siri ‘A__A’ sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dalam tempoh lima […]

Audi Q7 CKD Mula Dipasang di Pekan – Bakal Lancar Bulan Hadapan, Anggaran Harga RM469k-RM489k

Audi Malaysia hari ini telah berjaya mengeluarkan model keluaran tempatan pertamanya, Audi Q7 S Line Baharu, dengan harga anggaran di antara RM469,000 hingga RM489,000. Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan. Dari segi saiz, model ini berukuran 5,089 mm panjang, 1,741 mm tinggi, 1,970 mm lebar dengan jarak roda 3,002 mm. Ia memiliki ruang […]

Kelewatan Projek Aerotrain Berpunca dari Banyak Pertukaran Kerajaan dan Kepimpinan?

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Dr Nungsari Ahmad Radhi, menjelaskan bahawa kelewatan projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak berkaitan dengan penswastaan syarikat itu baru-baru ini. Menurut beliau, kelewatan itu berpunca daripada banyak pertukaran kerajaan dan kepimpinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan kerana penswastaan. Dr Nungsari berkata mana-mana profesional pasti […]

Seorang Penumpang Maut, Kenderaan Terbabas dan Terjunam dalam Sungai

Seorang individu maut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Kilometer 80 jalan Gua Musang-Lojing semalam. Ketua Polis Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, berkata pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 4.40 petang daripada anggota di Pondok Polis Lojing. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam […]

LGES Undur dari Projek Bateri EV di Indonesia Bernilai RM42.26 Bilion

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan industri tenaga serantau, syarikat gergasi Korea Selatan, LG Energy Solution (LGES), secara rasmi mengumumkan penarikan diri daripada projek pembangunan rantaian bekalan bateri kenderaan elektrik (EV) di Indonesia yang dianggarkan bernilai AS$8.45 bilion (RM42.26 bilion). Projek yang dikenali sebagai Indonesia Grand Package, dimeterai pada hujung 2020 antara LGES dan kerajaan Indonesia, […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD