NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Perodua AXIA Baru 2023 – Gambar Rasmi Depan & Belakang

Perodua AXIA Baru 2023 – Gambar Rasmi Depan & Belakang

LUARAN:
Release jugak akhirnya gambar sebenar Perodua Axia generasi baru 2023 dan jelas kita dapat lihat dari depan memang seakan-akan abangnya iaitu Perodua Myvi.

Kalau perasan bahagian depan ada LED daytime running lights yang melintang (untuk varian SE & Advance).

Bahagian belakang pula ada mirip seakan-akan VW Polo yang mana lampunya agak kecil sahaja tapi nampak kemas.

ENJIN:
Perodua Axia kali ini masih lagi menggunankan enjin 1,000cc dan tiada enjin turbo macam Ativa seperti yang hangat diperkatakan.

Enjin: 1.0L VVT-i (1KR-VE) 3-silinder
Transmisi: D-CVT
Horse Power: 67HP
Torque: 91Nm

Tapi apa yang baru adalah darisegi gearbox yang mana kali Axia tidak lagi menggunakan konventional automatik tapi telah digantikan dengan D-CVT seperti Myvi Facelift dan Ativa.

Dengan Transmisi baru D-CVT dikatakan dapat mengurangkan lagi penjimatan minyak yang mana mampu capai hingga 25.3KM/L atau 27.4KM/L dengan sistem Eco Idle.

DALAMAN:
Bahagian dalaman kini nampak lebih mewah yang mana dashbord menggunakan konsep beberapa layer melintang, nampak begitu kemas dan relaks. Namun yang menonjol disitu adalah player floating sceen, head unit yang terapung sebesar 9 inci.

Air-cond controller juga telah menggunakan sistem digital, tiada lagi butang putar, dan ‘cluster meter’ juga telah di upgrade kepada fully digital seperti Myvi dan Ativa yang mana anda boleh tukar beberapa design seperti ‘3D Ring’ dan beberapa lagi.

Steering, center console, gear console dan beberapa part lagi juga kita dapat lihat menggunakan deisgn yang sama atau hampir sama seperti Myvi, Alza dan Ativa.

HARGA:
AXIA baru 2023 kali ni didatangkan dengan 3 varian iaitu G, X, SE & Advance (AV). Semuanya adalah auto (D-CVT) dan setakat hari ini tiada variasi Manual diperkenalkan.

1.0 G: RM38,600
1.0 X: RM40,000
1.0 SE: RM44,000
1.0 AV: RM49,500

(Harga on-the-road tanpa insurans untuk Semenanjung)

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy