Awal november lalu dalam posting facebook page kami Nazz Abdullah Army saya ada membuat satu posting tentang bocornya satu info berkenanaan nama atau trademark ‘PROTON X80’ yang telah didaftarkan oleh Proton di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia MyIPO oleh sahabat Mohd Izarul dari Funtasticko.net.
Jadi apakah itu Proton X80? Jika kita lihat nama susunan yang biasa digunakan oleh model-model jenama eropah seperti BMW dan Audi, model dengan nama angka genap akan menjadi versi coupe (lebih sporty) untuk versi model angka ganjil sebelum itu, atau sebaliknya, ganjil kepada genap.
Contoh, BMW 4-series adalah versi coupe untuk BMW 3-series. 3-series adalah model yang asal. Untuk versi SUV pula, BMW X4 adalah versi coupe untuk BMW X3, begitu juga BMW X6 kepada X5 dan seterusnya. Tapi terbalik pula dengan Audi, ganjil kepada genap seperti Audi A5 adalah versi lebih sporty untuk Audi A4. Tapi untuk versi SUV, Audi tidak menggunakan angka yang berbeza, hanya menambah perkataan ‘Sportback’ di belakangnya seperti Audi Q3 Sportback & Q5 Sportback untuk versi coupe mereka.
Jadi adakah Proton X80 ini akan menjadi versi coupe untuk Proton X70? Ataupun sportier version untuk X70, ala-ala Porsche Macan? Woww ini satu perkembangan yang menarik. Jika benar Proton X80 adalah versi coupe, apakah model yang mungkin akan direbadge nanti?
Jika kita teliti memang ada model SUV Coupe daripada Geely yang mungkin berpotensi untuk dijadikan Proton X80 ini, iaitu Geely Xingyue atau Tugella (FY11).
Jadi sekiranya Proton berjaya melaksanakan plan ini, ini bermakna akan ada 4 koleksi SUV dalam showroom Proton, X50, X70, X80 dan X90.
Di atas adalah karya awal dari sahabat Theophilus Chin @Theottle tentang bagaimana bentuk Proton X80 apabila diubah daripada Geely Xingyue/Tugella (FY11). Apa yang kita boleh lihat pada bahagian grill hadapan, semestinya Proton akan mengubah grill tersebut kepada DNA Proton yang lebih menggunakan corak unsur kemelayuan klasik, atau corak Songket pada Infinite Weave seperti Proton X90 dan Proton S70.
Dikatakan kedua-dua model Geely yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Proton X80 itu menggunakan enjin petrol 2.0L Turbocharged, yang boleh menghasilkan 235 PS kuasa kuda dan 350 Nm tork. Tapi kita tak pasti lagi apakah enjin yang bakal digunakan oleh proton untuk diletakkan kedalam X80 ini nanti, adakah ianya akan menggunakan enjin yang sama seperti X70 iaitu 1.5L TGDI Turbocharged 3-silinder atau mugkin juga dengan 48V mild-hybrid seperti Proton X90.
Dari segi harga, sudah tentu versi lebih sporty perlu lebih atas daripada versi normal, tapi perlu kita ingat, di atas itu sudah ada Proton X90 yang bermula RM123,800. Proton X70 pula bermula RM98,800. Jadi secara logiknya saya menjangkakan Proton X80 ini harganya mungkin akan berada sekitar RM118 ribu hingga RM145 ribu. Bergantung kepada apakah spesifikasi dan enjin yang bakal Proton letakkan nanti. Tapi bagi saya mungkin Proton tidak perlu membahagikan kepada terlalu banyak varian, cukup dengan 2 varian pun sudah memadai.
Apapun sama-sama kita tunggu dan lihat, adakah ianya benar dan adakah ini satu langkah yang tepat untuk Proton bersaing dalam arena yang jauh lebih besar, kerana jika dilihat jenama jepun pun jarang membina versi coupe untuk SUV mereka, hanya jenama-jenama dari Eropah sahaja, dan jika benar, Proton X80 akan berada dalam ‘satu kategori’ dengan Mercedes GLC Coupe, BMW X4, Audi Q5 Sportsback dan Porsche Macan.
balsemgosok2020 says:
Fuh.. minta2 jadilah model ni utk X80.. confirm angkut yang ni..