Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tidak akan lagi menjadi badan tunggal yang dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bermula 1 September ini.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tempoh konsesi Puspakom telah tamat pada 31 Ogos ini. Oleh itu, kerajaan kini membenarkan mana-mana syarikat berkelayakan untuk menjalankan tugas memeriksa kenderaan motor yang sebelum ini dijalankan oleh Puspakom. Mana-mana syarikat yang berminat untuk membuat permohonan, diminta untuk lakukan segera sebelum 31 Oktober ini.
“Sebelum ini PUSPAKOM diberi hak eksklusif menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan motor, namun selepas ini mana-mana syarikat berkelayakan boleh menjalankan tugas serupa di bawah Akta 333.
“Bagaimanapun, di bawah mekanisme baharu ini, PUSPAKOM akan menjadi syarikat pertama diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ini, maknanya mereka meneruskan operasi sedia kala, cuma kali ini, mereka akan bersaing dengan syarikat lain, tiada lagi hak eksklusif,” katanya.
Tambah Loke, Puspakom dan mana-mana syarikat berkelayakan dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan motor jika diberikan kuasa di bawah Seksyen 126(1) Akta 333. Dua permohonan telah diterima secara rasmi setakat ini bagi mendapatkan lesen sebagai operator pemeriksaan kenderaan motor.
“Dalam libat urus yang kita buat sebelum ini, ada 50 syarikat menyatakan minat, namun kita sudah terima dua permohonan rasmi dan sebab itu kita membuka permohonan sehingga 31 Oktober ini.
“Kita mahu melihat berapa banyak syarikat yang mengemukakan permohonan, lagi awal mereka kemuka permohonan, lagi cepat kita buat penilaian dan mengeluarkan lesen,” katanya.
Penilaian akan dilakukan untuk setiap permohonan di bawah Akta 333 sebelum diluluskan dan diberikan lesen.
“Mana-mana syarikat yang sudah lulus penilaian, kita akan beri lesen seperti mana kita bagi lesen kepada PUSPAKOM hari ini, sebab mereka sudah beroperasi selama ini.
“Tapi lesen ini juga akan diberikan kepada syarikat lain jika mereka memenuhi penilaian kita,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Wira Ayob says:
Anggota Rela yang di lantik sebagai Polis Simpanan lepas NKRA tamat semua di buang kerja tanpa Sebab pegawai & pengarah boleh buat cerita anggota Rela JPam kena letak jawatan dan mohon semula sebagai SPDRM lepas ini Pihak berkuasa di Jadi kan swasta lagi bagus
Aku says:
Mesti sykt yg dapat tu kroni diorang la. Sbb tu nai bagi sgt kat sykt luar
Aku says:
Mesti sykt yg dapat tu kroni diorang la. Sbb tu nai bagi sgt kat sykt luar
Jim says:
Puspakom pon ada yg lepas sbb rasuah inikan pula bg company luar.. makin menggila rasuah berleluasa… Tak heran dgn gov ni sbb mereka lah peramai rasuah… Rasuah 47 kes jd org no2 kahkahkah.. Mentri paling dungu yg dok ada
Ummiros says:
Setuju…betul kata2 tuan
Anonymous says:
Ini hari menanggg…..esok minyak turunn.,.Sy ulangg
Kamalrularif ipoh says:
Setuju sangat bg jpj , mereka dah ada kemahiran dlm bidang ini . Klu bg yg lain/baru belajar dah tentu byk. masaalah . Yb antilony loke dengor la pandangan dan pendapat kami
Bem says:
Dulu beras dari Syed Mokhtar Al-Bukhary kini pulak pulaš¤£š¤£š¤£ beras tempatan sudah hilang…ramai kroni yg dapat lesen.. sekarang Puspakom tidak lagi jadi satu satunya pusat pemeriksaan kenderaan.
coconuts man says:
ŲØŁŲ³ŁŁ Ł Ų§ŁŁŁŁ°ŁŁ Ų§ŁŲ±ŁŁŲŁŁ Ł°ŁŁ Ų§ŁŲ±ŁŁŲŁŁŁŁ Ł.
Assalamualaikum.
Boleh tak kepada mana2 syarikat yang selepas ini nanti memlongarkan/membenarkan/layak mengunakan jalan raya atau tidak mengambil ape2 tindakkan selagi kenderaan tersebut bukan kereta/motor/Lori curi Dan tidak membahayakan penguna jalan raya yang lain seperti melulusakan penukaran engine selain Dari engine asal (modified/custom bodywork Dan pemotongan frames kereta/motor/lori atau membenarkan cc engine atas Geran dinaikkan/tambah tampa had dan roadtax boleh dihidupakan tampa kesulitan tuan kenderaan, hasrat saya supaya Malaysia kita ni dapat melahirkan generasi yang berkebolehan dalam mencipta atau mengolah/mengubah benda yang bermotor tak kira muda atau tua yang creative dalam menhasilkan sesuatu benda supaya bakat tu tidak dibendung atau dihalang atau disekat agar kita tak bergantung padang benda yang diimport .. tak jauh contoh jiran kita si Thailand tu, tak kira benda tuu ape janji bermotor semua dia upgrade/custom tampa sempadan sampaikan engine mesin rumput diorang pun pakai turbo . Sekain . Harap cadangan saya ini boleh (di ke tengah kan)
mahdi says:
sokong 1000% mcm idea saya jew pendapat di atas.. x sangka pemikiran you and saya sama.. dimana undang2 JPJ membeku kan kebolehan rakyat malaysia.. sampai bila nk maju.. mcm di thailand sampai dari USA pn tiru kebolehan rakyat thailand dari segi modifikasi engine2 turbo
mahdi says:
sokong 1000% mcm idea saya jew pendapat di atas.. x sangka pemikiran you and saya sama.. dimana undang2 JPJ membeku kan kebolehan rakyat malaysia.. sampai bila nk maju.. mcm di thailand sampai dari USA pn tiru kebolehan rakyat thailand dari segi modifikasi engine2 turbo
Anonymous says:
Ha..ha..ha Mahdani .. Corruption invite at its best due to stupid idea.. best to be under Govt control for better supervision
X says:
This is not the same gov anymore.. u should aware if it.. u need to see what the new gov have done.. supposed u appreciate.. not condemn..
X says:
This is not the same gov anymore.. u should aware if it.. u need to see what the new gov have done.. supposed u appreciate.. not condemn..
sabri says:
lebuh baik bg jpj saja ug buat dh tentu jpj penguatkuasa ..dan dh tau segala gala nye ….kalau bagi pada syarikat akn ada massalah lain nanti..sekian t kaseh
abd wahid says:
pada pendapat sy lebih baik lah JPJ yg sendiri buat pemeriksaan… daripada syarikat2 laen…
nt tkut spikulasi masyarakat mesti kroni..
Lu sapa says:
Janganlah dibagi pada company yg bini dia ali parliman…kok gitu ya…
Kata nak basmi rasuap…
“Dan berpesanĀ²lah debgan kebenaran…. Dan berpesanĀ²lah dengan kesabaran…”