NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

2023 VW GOLF R versi CKD dengan harga jauh lebih rendah, berserta Ekzos Akrapovic.

2023 VW GOLF R versi CKD dengan harga jauh lebih rendah, berserta Ekzos Akrapovic.

VW GOLF R versi baru CKD didatangkan dengan harga jauh lebih rendah, berserta Ekzos Akrapovic.

Model ni adalah antara sebab kenapa Mercedes bina diorang punya A-Class menjadi Hot-Hatch. Era tahun 2010 ke bawah kita memang tak nampak apa-apa model Mercedes A-Class (Hot-Hatch) pun atas jalan, sebab memang tak wujud. Antara sebabnya adalah, permintaan VW Golf amat tinggi seluruh dunia, dan banyak syarikat lain cuba mengintai nasib kalau-kalau ada rezeki mereka untuk mencuri sedikit pasaran dalam segment ini.

Model VW Golf ni telah wujud sejak 1974, dan hingga hari ini VW Golf sudah melalui 8 generasi, Mark 8. Volkswagen GOLF mempunyai beberapa variant, antara yang popular adalah versi GTI, tapi versi paling ‘hard-core’ dan paling ditakuti ialah yang ini, GOLF R.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah GOLF R dipasang di Malaysia, iaitu Pekan Pahang.

Dan seperti biasa kebaikan pemasangan tempatan ini adalah model tersebut dapat dijual dengan yang lebih rendah. VW GOLF R untuk versi CKD baru 2023 ini dijual pada harga RM330,000 ke RM RM350,000 iaitu penurunan hampir RM100,000 yang mana untuk versi import sebelum ini dijual di atas RM400,000.

Selain itu banyak penambahan yang diberikan luar dan dalam. Antaranya adalah ‘Akrapovic Titanium Exhaust system’ yang mempunyai berat lurang 7kg dari sebelumnya, rear spoiler yang lebih besar untuk meningkatkan aerodinamik, tambahan 2 driving mode baru iaitu Drift Mode dan Special Mode, 19 inci alloy rim terbaru, head-up display, auto high-beam assist dan wireless smartphone charger.

Dari segi enjin masih sama iaitu menggunakan 2.0L TSI turbocharged yang dipacukan oleh kotak gear 7-kelajuan DSG. menghasilkan 320PS dan 400 Nm.

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy