Kuala Lumpur, 18 Disember 2025 – Tesla Malaysia terus mengukuhkan komitmennya dalam menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini apabila mengumumkan pembukaan dua lokasi pengecasan baharu di Lembah Klang. Penambahan ini menjadikan Tesla kini mengendalikan sebanyak 35 stesen pengecasan di seluruh Malaysia
Dua lokasi terbaharu tersebut ialah stesen Supercharging di Nexus Bangsar South, yang dilengkapi empat unit Supercharger dan empat Destination Charger,

serta stesen Destination Charging di Quayside Mall, Kota Kemuning dengan empat unit pengecas. Kedua-dua lokasi ini dibuka kepada orang awam dan beroperasi 24 jam sehari.

Dengan kadar pengecasan sehingga 250 kW, Tesla menyatakan bahawa Model 3 Long Range RWD mampu menambah jarak pemanduan sehingga 311 kilometer hanya dalam masa 15 minit menggunakan Supercharger. Jarak ini dianggarkan bersamaan empat perjalanan ulang-alik antara Bangsar South dan Quayside Mall, sekali gus membuktikan kecekapan teknologi pengecasan pantas Tesla.

Susulan pembukaan baharu ini, Tesla kini mengendalikan 18 stesen Supercharging dan 17 stesen Destination Charging di seluruh negara, merangkumi 76 unit Supercharger dan 79 unit Destination Charger. Rangkaian ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan lebih 13,000 pemilik Tesla di Malaysia, dengan penambahan lokasi baharu dirancang di Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru menjelang tahun 2026.

Selain pengembangan infrastruktur pengecasan, Tesla Malaysia turut menawarkan pengalaman 7-Day Express Delivery, membolehkan pelanggan menerima kenderaan mereka dengan lebih pantas sebelum tamatnya pengecualian cukai EV. Tesla juga memperkenalkan insentif pemilikan terhad, termasuk kadar faedah serendah 0% dan bayaran bulanan bermula RM1,588, bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada kenderaan elektrik.
Dalam sempena musim perayaan, pelanggan dan orang ramai turut dijemput mengunjungi lokasi pengalaman Tesla untuk menikmati Holiday Mode yang menampilkan hiasan bertema rusa pada kenderaan, selain menerima beg tote khas sehingga 31 Disember ini. Mereka yang berminat boleh menghubungi Tesla Malaysia bagi menjadualkan pandu uji dan merasai sendiri teknologi EV terkini.
Dengan pengembangan rangkaian pengecasan yang agresif serta pelbagai tawaran menarik, Tesla Malaysia dilihat terus memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan negara ke arah mobiliti hijau dan lestari.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?