Apple secara rasminya telah melancarkan ciri Tap to Pay untuk pengguna iPhone di Malaysia bermula semalam, 22 April.
Inovasi ini membolehkan semua jenis peniaga daripada peniaga gerai tepi jalan sehingga peruncit besar, menerima pembayaran tanpa sentuh (contactless) secara terus pada peranti mereka tanpa memerlukan terminal pembayaran tambahan.
Langkah ini dilihat sebagai hab pembayaran mudah alih yang selamat dan efisien.
Untuk mula menggunakan ciri ini, peniaga hanya memerlukan sekurang-kurangnya sebuah iPhone 11 yang telah dikemas kini dengan perisian iOS terkini.
Pelanggan pula hanya perlu meletakkan kad bank atau peranti pintar mereka berhampiran iPhone peniaga untuk melengkapkan transaksi melalui teknologi Near Field Communication (NFC).
Aspek privasi tetap menjadi keutamaan Apple. Semua transaksi adalah disulitkan dan diproses menggunakan Secure Element.
Apple turut menjamin bahawa mereka tidak akan menyimpan sebarang nombor kad atau maklumat transaksi pada pelayan (server) mahupun peranti peniaga.
Sistem ini menyokong rangkaian utama seperti Visa, Mastercard, dan MyDebit, sekaligus memudahkan urusan harian peniaga kecil untuk menerima bayaran di mana-mana sahaja mereka bekerja.
Selain itu, Apple turut mengesahkan bahawa sistem pembayaran ini akan diperkenalkan di kedai rasmi Apple The Exchange TRX tidak lama lagi.
Sumber: SAYS
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?