KUALA LUMPUR – Syarikat media automotif dan gaya hidup digital terkemuka negara, NAZZ&CO Media, mengorak langkah setapak lagi ke hadapan apabila dijemput secara eksklusif untuk menguji dan menilai potensi teknologi robotik AI dari China, AiMOGA Mornine.
Pertemuan strategik tersebut berlangsung di ibu pejabat operasi (Guoco Tower, Kuala Lumpur) yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan atasan serta wakil rasmi AiMOGA. Delegasi NAZZ&CO Media yang diketuai oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Nazz Abdullah, meluangkan masa mengkaji keupayaan robot humanoid generasi pertama tersebut.

Dalam sesi tertutup tersebut, Nazz Abdullah yang juga dikenali sebagai pakar pelihat masa depan media digital (Digital Media Visionary) dan pelatih AI, telah melakukan ujian menyeluruh ke atas sistem Large Language Model (LLM) yang menggerakkan Mornine.
“Bagi kami di NAZZ&CO Media, rupa fizikal sesebuah robot adalah perkara kedua. Fokus utama kami adalah ‘otak’ dan personaliti di sebalik mesin tersebut. Kami sedang menilai sejauh mana sistem Cloud Computing MoJia milik AiMOGA ini boleh dilatih (prompt engineering) untuk memahami lenggok bahasa tempatan, mempunyai karakter yang unik, dan berinteraksi seperti manusia sebenar, bukan sekadar mesin yang kaku,” ujar Nazz Abdullah.

Inisiatif Ekosistem Teknologi AiMOGA yang bernaung di bawah payung teknologi gergasi automotif Chery, direka sebagai inovasi sokongan untuk pelbagai industri. Kehadiran unit ujian ini di Malaysia membuktikan keseriusan jenama tersebut dalam memperluaskan jejak teknologi mereka di rantau Asia Tenggara.
Pasukan teknikal NAZZ&CO Media kini sedang dalam fasa penelitian lanjutan terhadap sistem backend (papan pemuka kawalan) AiMOGA. Sekiranya ujian integrasi ini menepati piawaian tinggi yang ditetapkan oleh syarikat produksi tersebut, tidak mustahil rakyat Malaysia bakal menyaksikan kemunculan kakitangan robot humanoid pertama yang akan ‘bekerja’ di dalam ibu pejabat media NAZZ&CO pada masa akan datang.
Sama-sama kita nantikan adakah kolaborasi teknologi futuristik ini bakal menjadi realiti!

Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?