Huawei Malaysia secara rasmi melancarkan HUAWEI WATCH 6 Series di Malaysia pada 3 November 2026. Hadir sebagai jam tangan pintar flagship generasi baharu, siri ini membawa beberapa peningkatan dari segi pemantauan kesihatan, sambungan bebas telefon pintar serta pengalaman penggunaan harian yang lebih pintar.
Ditawarkan dalam dua model iaitu HUAWEI WATCH 6 dan HUAWEI WATCH 6 Pro, siri terbaharu ini memberi penekanan kepada teknologi kesihatan proaktif, reka bentuk premium dan fungsi pintar yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Pelancaran tersebut turut menyaksikan pengenalan HUAWEI FreeBuds SE 5 Max, fon telinga tanpa wayar baharu yang menawarkan sehingga 80 jam jumlah masa playback.
Dari segi reka bentuk, HUAWEI WATCH 6 Series menggabungkan elemen estetika premium dengan keselesaan untuk kegunaan harian.
HUAWEI WATCH 6 Pro hadir menggunakan material premium termasuk titanium alloy dan nano-tech ceramic. Sementara itu, HUAWEI WATCH 6 menawarkan reka bentuk lebih ringan dengan penggunaan EasyCross strap bagi memberikan keselesaan ketika dipakai.
Kedua-dua model turut dilengkapi spherical sapphire glass untuk meningkatkan ketahanan dan kejelasan paparan. Bagi model Pro, tahap kecerahan skrin boleh mencapai sehingga 3,500 nits.
Huawei Watch 6 Pro Ceramic Edition & Space Edition
Antara tarikan utama HUAWEI WATCH 6 Series ialah teknologi X-TAP yang telah dinaik taraf. Ia dilengkapi sensor sentuhan 20 tahap serta sensor 12-channel PPG bagi memberikan keupayaan pengesanan kesihatan yang lebih menyeluruh.
Menariknya, Huawei turut memperkenalkan Hypertension Risk Study dan Diabetes Risk Study pada siri jam tangan pintar ini. Menurut Huawei, HUAWEI WATCH 6 Series merupakan smartwatch pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua kajian risiko kesihatan tersebut.
Huawei Malaysia juga bekerjasama dengan Sunway University bagi menjalankan Hypertension Risk Study untuk menilai teknologi wearable Huawei dalam saringan risiko hipertensi di persekitaran sebenar.
Selain itu, ciri Health Glance yang dipertingkatkan membolehkan pengguna mendapatkan gambaran keseluruhan kesihatan dalam masa hanya 60 saat melalui satu sentuhan.
Fungsi ini merangkumi 13 metrik kesihatan yang melibatkan kesihatan asas, kardiovaskular, endokrin dan pernafasan. Ia turut dilengkapi Morning Briefing, Physical Readiness Score dan Health Analysis bagi membantu pengguna memahami keadaan kesihatan harian mereka.
Bagaimanapun, ciri kajian risiko kesihatan ini tidak menggantikan pemeriksaan atau diagnosis oleh profesional perubatan.

HUAWEI WATCH 6 Series turut menawarkan sambungan eSIM terbina dalam yang membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan terus daripada jam tangan tanpa perlu membawa telefon pintar bersama.
Selain itu, fungsi Dual-Phone Connection membolehkan jam tangan disambungkan kepada dua telefon pintar untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih fleksibel.
Pengguna juga boleh menggunakan Petal Maps untuk navigasi secara terus melalui jam tangan, selain mengakses muzik dan audiobook.
Dari segi interaksi, Huawei memperkenalkan beberapa kawalan gesture baharu termasuk Quick Flip, Pinch dan Slide. Siri ini turut menyokong pembantu suara Celia bagi memudahkan pengguna mengakses fungsi tertentu.
Untuk pengguna yang aktif bersukan, HUAWEI WATCH 6 Series menyokong lebih daripada 100 mod sukan yang merangkumi aktiviti kecergasan harian dan sukan luar.
Antara aktiviti yang disokong termasuk trail running, golf dan freediving sehingga kedalaman 40 meter.
Huawei turut memperkenalkan AI Workout Analysis yang menganalisis data senaman pengguna untuk memberikan maklumat lebih bermakna mengenai prestasi dan latihan mereka.
Bagi HUAWEI WATCH 6 Pro, terdapat juga Expedition App yang menawarkan fungsi seperti perancangan laluan, peta luar talian, penandaan waypoint dan navigasi untuk kembali ke lokasi asal.

Dari segi ketahanan bateri, HUAWEI WATCH 6 Series menawarkan tempoh penggunaan yang berbeza mengikut saiz dan mod penggunaan.
Menurut Huawei, model bersaiz 42mm mampu bertahan sehingga tujuh hari, manakala model 46mm menawarkan tempoh penggunaan sehingga 11 hari.
Tempoh sebenar bergantung kepada tetapan dan corak penggunaan setiap pengguna.

Selain jam tangan pintar, Huawei turut melancarkan HUAWEI FreeBuds SE 5 Max pada harga RM159.
Fon telinga tanpa wayar ini menawarkan sehingga 80 jam jumlah playback bersama charging case dan sehingga 10 jam penggunaan dengan satu pengecasan.
Antara ciri menarik yang ditawarkan termasuk Adaptive Active Noise Cancellation (ANC) sehingga 52dB serta sistem enam mikrofon untuk membantu menghasilkan panggilan suara yang lebih jelas.
FreeBuds SE 5 Max turut menyokong Bluetooth 6.0, Dual-Device Connectivity, pensijilan Hi-Res Audio dan LDAC. Ia juga mempunyai rating IP55 untuk perlindungan daripada habuk dan air pada earbuds.

Di Malaysia, HUAWEI WATCH 6 ditawarkan pada harga bermula RM1,799, manakala HUAWEI WATCH 6 Pro dijual pada harga bermula RM2,699.
Pilihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Sempena pelancaran ini, pelanggan yang membeli HUAWEI WATCH 6 Series turut berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM993.
Antara hadiah yang disertakan ialah HUAWEI FreeBuds SE 2, keahlian HUAWEI Health+ selama tiga bulan, keahlian Watch Face selama sebulan, waranti APAC selama setahun, Worry-Free Package selama setahun serta satu inbox watch strap.
HUAWEI WATCH 6 Series boleh didapati melalui HUAWEI Experience Stores dan saluran rasmi dalam talian Huawei termasuk HUAWEI Official Website, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Dengan gabungan teknologi pemantauan kesihatan, sambungan eSIM, ciri sukan serta reka bentuk premium, HUAWEI WATCH 6 Series hadir sebagai pilihan smartwatch flagship untuk pengguna yang mahukan lebih daripada sekadar penunjuk masa.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?