passionately driven

2022: HONDA HR-V vs PROTON X50. Siapa akan Menang?

Tak dapat nafikan begitu ramai antara kita yang tak sabar menunggu Honda HR-V versi generasi serba baharu tahun ini. Tapi tanpa kita sedar, HR-V baru 2022 ini sebenarnya telah masuk ke Malaysia waktu Aidilfitri tempoh hari bila mana ramai warga Singapura telah masuk beraya ke Malaysia dengan membawa masuk SUV ini.

Sebelum era Proton X70 dan X50, Honda HR-V adalah Myvi versi SUV. Sana-sini kita dapat lihat di setiap pelusuk jalan raya, Honda HR-V menguasai pasaran SUV di Malaysia secara total sejak dilancarkan pada 2015.

Proton X50

Hinggalah tahun 2019, datang satu fenomena X70 yang mana sebuah pakej yang tak boleh kita katakan ‘tidak’, dijual pada paras harga sekitar bawah RM125,000, yang kemudiannya ditambah lagi dengan fenomena adiknya X50 yang muncul pada 2020, membuatkan pasaran Honda HR-V begitu jelas terkesan dan menambah sengsara pada Honda.

Hinggalah tahun ini, HR-V bakal merampas kembali takhta yang asalnya milik mereka dengan membawa masuk Honda HR-V generasi terbaru!

Jadi adakah HR-V baru nanti akan jadi lebih baik daripada Proton X50 atau tidak? Dan siapakah yang bakal menghuni takhta teratas dalam ranking B-Segmen SUV Malaysia nanti?

Honda HR-V 2022

Pandangan saya, Honda HR-V baru nanti sukar untuk tandingi spesifikasi dan pakej yang telah ada pada Proton X50, terutamanya darisegi ciri keselamatan. Tak mungkin Honda dapat berikan lebih pada harga yang sama kecuali mereka bunuh bisnes sendiri. Tapi, jujurnya bagi saya, HR-V tidak perlu menjadi lebih baik daripada X50, tetap juga HR-V akan menang dan kembali menjadi pilihan utama pengguna Malaysia. Mengapa?

Honda HR-V 2022

1. After Sales Service Proton: Tak boleh dinafikan, kualiti servis selepas jualan Proton telah banyak berubah dan menjadi lebih baik sejak 3 tahun lepas. Namun dengan keluhan-keluhan yang kita sering baca di media sosial tentang masalah ‘parts’ Proton ini sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Proton dan menakutkan bakal pembeli baru.

2. Masalah Stok X50: Ini satu lagi perkara yang menghalang kemaraan Proton. Bayangkan anda harus menunggu 6 ke 8 bulan untuk dapatkan X50 anda! Gila! Beli kereta tempatan aje, bukan beli Lamborghini pun kene tunggu setengah tahun kak oii..! Honda boleh mengambil kesempatan di atas masalah pengeluaran X50 ini jika mereka bijak.

Bukan sahaja ramai pembeli baru yang akan memilih HR-V berbanding X50 nanti, malah apa yang ditakuti Proton adalah pembeli mereka yang sedia ada yang sedang menunggu stok juga bakal batalkan pembelian dan beralih kepada HR-V.

Tapi, jika Proton ada masalah chip, adakah Honda tidak ada masalah tersebut? Tapi bagaimana jika Honda juga ada masalah yang sama?

3. Jenama: Ya, rata-rata maklum balas yang terima, masih ramai lagi pengguna yang mengambil berat tentang jenama lebih daripada spesifikasi. Kalau mungkin X50 masih jauh lebih baik daripada HR-V, reliabiliti Honda tetap tidak dapat ditandingi. Fikirkan..

Kepercayaan dan pengalaman pengguna-pengguna Honda yang jarang sekali kita lihat mengeluh tentang masalah yang remeh temeh ataupun layanan servis Honda yang kurang baik sudah tentu bakal memberikan kelebihan pada HR-V.

Banyak lagi sebab kenapa HR-V baru nanti akan mendapat sambutan yang luar biasa hangat dalam pemerhatian saya. Tapi ini semua adalah jangkaan awal sahaja. Kita akan lihat persaingan yang sengit dalam kelompok kompak SUV segmen-B antara X50 dan HR-V tak lama lagi. Inilah adalah persaingan yang sihat untuk negara kita, mereka bersaing untuk hasil produk terbaik pada harga terendah yang mugkin, dan sekali lagi, kitalah sebagai pengguna yang bakal mendapat faedah daripada persaingan ini.

Honda HR-V 2022
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD