Saya rasa ini adalah model paling kontroversi BMW dalam masa setahun dua ini. Bagi kaki kereta mereka terus menolak model BMW ni disebabkan beberapa faktor seperti enjin yang kecil, 1.5L Turbocharged, 3 silider enjin, kuasa yang agak rendah dan paling penting adalah ia menggunakan pacuan 2 roda hadapan (front wheel drive).
Ya, BMW terkenal dengan pacuan roda belakangnya yang sungguh dinamik dan itulah sebab utama orang memilih BMW. Namun tidak semestinya pacuan front wheel drive tidak boleh menjadi sebaik rear wheel drive. Dan BMW 218i ni sebenarnya ada tarikannya sendiri yang sesuai pada target penggunanya.
Sekali pandang dari jauh nampak seperti BMW 8-series, bila dekat barulah kita tahu, ia adalah BMW 2-series. Itulah kelebihannya iaitu daripada segi rekabentuk yang sangat unik, terutamanya dari sudut belakang dengan design lampunya yang memanjang.
Selepas Pandu Uji:
POWER: Pendapat saya, prestasi BMW 218i ni memang agak sedikit mengecewakan bagi mereka yang mahukan kelajuan. 1.5L Turbo 3 silinder enjin ni hanya menghasilkan 140 PS dan 220Nm. Tapi ianya lebih daripada mencukupi untuk pengguna kebanyakan.
3 SILINDER: Ya, memang agak ketara gegaran enjin 3 silinder BMW 218i ni, kita dapat rasakan pada permukaan dashboard dan dalam kabin sewaktu kita menghidupkan enjin, lebih-lebih lagi kereta ni mempunyai fungsi start-stop. Jadi saya sarankan untuk matikan fungsi start stop ini ketika anda berada dalam traffic jam, jika tidak, ianya sangat mengganggu.
HANDLING: Saya agak terkejut, walaupun dengan front wheel drive, tapi kawalan dan handling kereta ni sangat-sangat cekap dan baik. Bagi saya karakter pemanduan 218i ni masih lagi terasa memandu BMW. Jadi darisegi front wheel drive, handling dan karakter BMW, bagi saya 218i ni tiada isu.
Saya suka pada design dalaman 218i ni yang mana ianya nampak moden, cukup mewah dan up to date, dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan konsep BMW dan kita masih boleh temui lagi banyak butang-butang khas berbentuk fizikal.
HARGA:
Model BMW 2-series ni hanya didatangkan dengan 1 varian sahaja iaitu 218i yang disertakan dengan trim M-Sport dengan harga RM206,000 (OTR tidak termasuk insurans, Jun 2022) dan RM221,000 sekiranya anda memilih pakej extended waranty dan pakej 5 tahun servis percuma.
📌 Penjimatan minyak bahan api, spesifikasi, ciri keselamatan dan lain:
Kami sediakan video review dibawah untuk anda mendapat gambaran lebih dekat dan terperinci tentang BMW 218i M-Sport 2022 ni.