passionately driven

HELLA – Mentol Lampu LED Retrofit Dilancarkan Bersama auto2u.my

Kuala Lumpur, 23 August 2022 – HELLA, pengeluar teknologi pencahayaan Jerman terkemuka dalam industri automotif, kini memperkenalkan inovasi baharu HELLA Mentol Lampu RETROFIT LED – produk mentol LED pertamanya yang dikhususkan untuk lampu hadapan kereta.

Exclusive Partnership of Hella Retrofit LED Headlight Bulb Pre-Launch Sales with auto2u.my.
From LEFT to RIGHT:
Sharon Yeem – Co-founder & Head of Ecommerce, auto2u.my
Jackie Wong – Co-founder & Chief Executive Officer, auto2u.my
Jared Leong – Managing Director, HMT Sdn Bhd (Hella)
Cynthia Chua – Board Member, HMT Sdn Bhd (Hella)

Sebelum ini, HELLA telah meghasil dan mengeluarkan mentol lampu halogen, lampu sorot, pengelap dan hon untuk kereta, serta mengukuhkan kedudukan pasarannya melalui penghasilan lampu depan berprestij yang inovatif.

Pelancaran mentol lampu LED Retrofit HELLA dijalankan secara eksklusif bersama dengan auto2u.my, Pasaran E-dagang Automotif Utama Malaysia khusus untuk pemilik kereta. Eksklusiviti ini memberi peluang pertama kepada pelanggan untuk membeli mentol LED baharu melalui laman web auto2u.my, sebelum ia boleh didapati di mana-mana platform e-dagang lain. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati diskaun 25% berserta hadiah percuma bernilai RM89.00 dengan menggunakan Kod Promo “AUTO2U25“ semasa Jualan Pra-Pelancaran HELLA dari 23 Ogos – 22 September 2022.

Stefan van Dalen, Pengurus Eksekutif Segmen Perniagaan Aftermarket Hella berkongsi: “Kami teruja untuk melancarkan mentol LED Retrofit serba baharu ini, yang diinnovasi dengan mengambil kira keperluan peminat kereta dan basikal moden. Kolaborasi bersama auto2u.my, sebuah platform e-dagang automotif khusus, juga membolehkan kami menyasar peminat pemotoran dengan lebih tepat. 

Jackie Wong, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif auto2u.my, turut menyatakan sambutan positif terhadap kolaborasi ini: “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama Jerman terkenal seperti HELLA dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan Mentol LED Retrofit inovatif baharu ini ke pasaran. Di auto2u.my, kami hanya bekerjasama dengan prinsipal jenama untuk memastikan semua produk kami asli sambil memberikan tawaran terbaik untuk pelanggan kami.”

Teknologi & Inovasi

Mentol LED Retrofit HELLA direka untuk pemasangan pasang-dan-main, dengan ciri-ciri mudah, kompak dan menjimat. Reka bentuk mentol LED adalah berdasarkan soket mentol halogen yang merangkumi hampir 80% hingga 90% kereta di pasaran. Reka bentuknya yang kompak, namun kelihatan bergaya, memberikan keselesaan dan kemudahan maksimum untuk pemasangan dan penggantian yang mudah.

Dengan suhu warna 6500K, mentol LED Retrofit HELLA memancarkan keluaran cahaya yang lebih terang dan lebih putih, dan ini menghasilkan jangka hayat yang lebih lama. Mentol LED menampilkan kipas dan pemacu terbina dalam yang membolehkan penyejukan. Melalui teknologi inovasi pencahayaan HELLA, cahaya yang diunjurkan mempunyai titik pemotongan yang baik, untuk pengeluaran cahaya yang berfokus dan tidak silau. Selain itu, mentol ini juga menawarkan penyesuai CANbus pilihan untuk kereta yang memerlukan CANbus.

Rekaan Menjimat, Kualiti Terjamin

Mentol LED Retrofit HELLA direkakan untuk penjimatan dalam pelbagai aspek. Ia dihasil dan dijual pada harga yang berpatutan, sambil menggunakan elektrik dan voltan yang lebih rendah. Ini menjadikannya lebih tahan lama dengan penggantian kurang kerap. Secara teori, mentol LED ini boleh tahan sehingga 50,000 jam keluaran cahaya 6500K (putih tulen).

HELLA mengekalkan piawaian industri kelengkapan lampu LED kereta, berserta tradisi kawalan kualiti ketat pada semua peralatan automotif yang dihasilkan, agar pelanggan hanya dapat kualiti terbaik yang sepatutnya.

Keselesaan Untuk Semua

Dengan mentol LED Retrofit baharu, lampu kereta boleh dinaik taraf kepada teknologi LED terkini. Mentol LED Retrofit baharu menawarkan kecerahan yang luar biasa dengan pengagihan cahaya yang dioptimumkan, supaya pemandu mendapat lebih banyak cahaya semasa memandu. Perkhidmatan yang lebih lama berbanding mentol halogen menjadikan mentol LED Retrofit menarik untuk semua pemandu kereta. Penampilan bergaya dengan pancaran putih memberikan pelanggan kesan siang pada waktu malam dan lebih keselesaan semasa memandu. Portfolio baharu kami menawarkan rangkaian aplikasi yang komprehensif, termasuk lampu hadapan pancaran tinggi dan rendah, dan lampu kabus serta rangkuman tinggi pelbagai kenderaan.

Reka bentuk lampu kereta bukan sahaja memberikan rupa yang bergaya, tetapi direka secara inovatif untuk memberikan keselesaan kepada pemandu, dan juga trafik bertentangan. Cahaya yang diunjurkan difokuskan dengan titik pemotongan yang baik, untuk menghalang penyebaran keluaran cahaya dan mengurangkan silau ke arah pemandu bertentangan.

Jualan Pra-Pelancaran Eksklusif di auto2u.my

Mentol lampu LED Retrofit HELLA akan dijual secara eksklusif di platform auto2u.my sepanjang tempoh Jualan Pra-Pelancaran ini dari 23 Ogos hingga 22 September 2022. Pelanggan awal akan menikmati diskaun 25% menggunakan Kod Promosi “AUTO2U25“ serta Pek Hadiah Percuma yang mengandungi bekas Thermo, kain microfiber dan pelekat cukai jalan bernilai RM89.00. Jangan lepaskan tawaran menarik ini, serta peluang untuk menjadi salah seorang yang pertama mendapatkan mentol LED HELLA Retrofit! Beli sekarang di:

Untuk maklumat lanjut tentang HELLA RETROFIT LED, sila lawati https://www.hella.com/partnerworld/us/Product-range/Lighting/LED-retrofit-32407/

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD