Berita baik buat peminat 4×4 dan pikap truck! Satu nama besar dalam dunia 4×4 hari ni telah buat satu kejutan besar. Haaa! Dah lama kan kita asik tengok Ford Ranger (T6) generasi yang sama tu sejak 2011, kemudian facelift 2015, kemudian update demi update yang FORD berikan kepada model Ranger ni.
Tapi berita hari ni berbeza, Ford Malaysia hari ni telah melancarkan generasi serba baharu Ranger yang bagi saya seolah-olah sempurna dari semua sudut, rekaan luaran yang moden dan gagah, dalaman yang mewah dan selesa, sistem yang canggih terkini dan paling penting, dari sudut prestasi Ranger kali ni tidak lah ketinggalan.
Untuk Ranger yang dilancarkan kali ni didatangkan keseluruhannya dengan 6 varian iaitu XL, XLT, XLT Plus dan Wildtrak dengan 3 variasi transmisi iaitu 6-Speed MT (baru), 6-speed AT dan 10-speed AT. Enjin pula juga mempunyai 2 pilihan berbeza iaitu untuk varian XL dan XLT menggunakan enjin 2.0L EcoBlue 4-silinder single-Turbodiesel, dan untuk versi XLT Plus dan Wildtrak menggunakan enjin 2.0L EcoBlue 4-silinder Bi-Turbodiesel.
Mesti korang tertanya, mana hero dia? Mana Raptor? Ya, hari ni raptor menjadi hero apabila ianya hanya muncul beberapa saat sahaja keluar dari layar belakang pentas, dan beberapa saat kemudian Ford Ranger Raptor ini terus pergi. Hahh.. Gimik apakah ini..
Untuk versi Raptor masih belum dilancarkan dan Ford mengatakan akan dilancarkan hujung tahun ini. Jadi untuk versi Raptor kita masih belum tahu segala butiran spec dan enjinnya. Jadi kita akan sama-sama nantikan kemunculan hero 4×4 terunggul ini hujung tahun ini.
HARGA RANGER 2022:
Turbo Diesel:
•—• 2.0L XL MT & AT (6-Speed): RM108,888
•—• 2.0L XLT MT & AT (6-Speed): RM124,888
Bi-Turbo Diesel:
•—• 2.0L XLT PLUS AT (10-Speed): RM142,888
•—• 2.0L WILDTRAK AT (10-Speed): RM168,888
ENJIN & KUASA:
XL , XLT:
2.0L EcoBlue 4-Cyl single Turbo Diesel
Output: 170 PS @ 3,500 rpm | 405 Nm @ 1,750 – 2,500 rpm
Transmisi: 5-Speed MT , 6-Speed MT and 6-speed AT
XLT PLUS, WILDTRAK:
2.0L EcoBlue 4-Cyl Bi-Turbo Diesel
Output: 210 PS @ 3,750 rpm | 500 Nm @ 1,750 – 2,000 rpm
Transmisi: 10-speed AT
DESIGN: Dari segi luaran, apa yang menariknya adalah lampu hadapan dengan garisan LED yang berbentuk C pada kiri dan kanan, dengan grill hadapan yang luas terbuka dengan seolah-olah menggambarkan seorang lelaki sasa yang angkuh membelah baju untuk memperlihatkan dadanya! Huhu..
Tiada garisan lengkuk (curves) pada badan di sekeliling Ranger ini, segala garisan adalah tegak dan bersegi untuk menyerlahkan karakter Ranger yang muscular berotor.
DALAMAN: Bahagian dalaman pula saya boleh katakan nampak jauh lebih mewah dan menawan daripada mana-mana kereta biasa yang lain, terutamanya di bahagian tengah skrin sesentuh besar yang menegak, kluster meter LCD sepenuhnya, bentuk seat yang moden bersegi dibaluti kulit dengan 2 tona warna dan beberapa bahagian permukaan dashboard yang menggunakan ‘soft touch’ dan ‘wrap’ menambah lagi seri bahagian dalam Ranger baru ini.
SAIZ: Dari segi saiz wheelbase ranger kali ni lebih besar 50mm dan begitu juga ukuran track 50mm lebih besar daripada yng lama. Kargo bed nya juga diperluas juga lebih 50mm membuatkan kayu palet ngam-ngam boleh diletakkan melintang pada ruang kargo belakang.
CIRI MENARIK: Antara ciri yang paling highlight untuk Ranger baru ini adalah didatangkan dengan side-step pada bahagian belakang tayar belakang yang membuatkan kita tidak perlu lagi memanjat keatas tayar belakang untuk mencapai sesuatu dalam ruang kargo. Banyak lagi ciri-ciri penting dan unik yang ada pada Ranger 2022 ini yang saya lihat, dan kami sediakan video review untuk anda dapat lihat pandangan lebih jelas dan lebih dekat untuk Ford Ranger 2022 ini.