Honda City Hatchback: Hatchback Jepun Paling Lincah Dengan Varian RS

Honda City Hatchback telah menjadi sebuah kereta segmen B hatchback yang diminati golongan muda yang menekankan elemen keselesaan, prestasi, dan ciri-ciri yang canggih dalam saiz yang kompak. Dengan rekaan yang dinamik dan berjiwa muda, model ini menitikberatkan pengalaman memandu yang agresif dan ruang dalaman yang mencukupi.

Rekaan Luaran yang Menarik dan Sporty

Honda City Hatchback memikat dengan rekaan luaran yang kelihatan muda, menonjolkan kesan ranggi tanpa segan silu terutamanya bahagian gril hadapan dikemaskan dengan corak honeycomb dan bentuk kereta yang aerodinamik lebih-lebih lagi jika diubah suai dengan citarasa golongan muda. Sudah pastinya akan menjadi kereta hatchback kegilaan ramai dan sporty.  Saiznya yang kompak membuatkan ianya sangat sesuai untuk kegunaan harian dalam bandar tetapi masih mampu menawarkan ruang yang selesa dan luas untuk penumpang bahagian belakang untuk perjalan jauh.

Prestasi Enjin yang Optimum

Model ini dilengkapi dengan enjin yang efisyen, memberikan prestasi yang hebat dengan mengekalkan penggunaan bahan api yang optimum.  Daya tujahan yang tinggi sama seperti abang sulungnya Honda City memberikan pengguna pengalaman memandu yang responsif dan lancar terutamanya melalui kawasan berbukit. Honda City Hatchback didatangkan dengan dua jenis enjin iaitu untuk versi petrol 1.5L DOHC i-VTEC dan untuk versi RS 1.5L i-MMD e:HEV.

Ruang Dalaman yang Luas dan Serbaguna

Meskipun bersaiz kompak, Honda City Hatchback menawarkan ruang dalaman yang luas dan praktikal dalam segmennya. Serta, kelebihan “Magic Seat” di bahagian kerusi belakang mebuatkan ianya lebih besar dan praktikal untuk memuatkan  barangan yang besar dan tinggi.

Teknologi Canggih Membawa Keselesaan

Model ini dilengkapi dengan sambungan Apple Car Play dan Android Auto (varian E keatas) pada sistem infotaintment. Tambahan pula, ciri keselamatan utama seperti VSA, ABS, EBD, HSA, ESS, ISOFIX dan dual front SRS airbags disertakan untuk semua varian bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa terjamin. Kamera undur hanya diberikan kepada varian E keatas sahaja dan Honda SENSING diberikan kepada varian V-Sensing dan RS sahaja.

Spesifikasi Enjin Honda City Hatchback untuk varian S, E, V, V Sensing:

  • Enjin: 1.5L DOHC i-VTEC
  • Kuasa Maksimum: 121 PS
  • Tork Maksimum: 145 Nm 
  • Transmisi: CVT 

Spesifikasi Enjin Honda City Hatchback untuk varian RS e:HEV:

  • Enjin: 1.5L i-MMD e:HEV
  • Kuasa Maksimum: 109 PS
  • Tork Maksimum: 253 Nm 
  • Transmisi: e-CVT 

Harga Honda City Hatchback

  • Honda City Hatchback 1.5L S:  RM78,900
  • Honda City Hatchback 1.5L E:  RM86,900
  • Honda City Hatchback 1.5L V:  RM91,900
  • Honda City Hatchback 1.5L V (Sensing):  RM95,900
  • Honda City Hatchback 1.5L RS:  RM109,900

Dengan kombinasi rekaan menarik, prestasi yang hebat, dan teknologi  yang canggih, Honda City Hatchback terus menjadi segmen kenderaan kompak pilihan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang berjiwa sporty. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Honda City Hatchback, boleh tonton video review lengkap di bawah.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD