passionately driven

Perodua & Toyota Terlibat Dalam Skandal Ujian Keselamatan oleh Daihatsu

Daihatsu, perusahaan pembuat kereta, mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan penghantaran kereta yang akan dijual untuk saat ini. Ini termasuk model yang mereka buat di Jepun dan negara lain. Mereka melakukan ini kerana mereka telah menyerahkan laporan oleh panel bebas kepada kementerian tanah, infrastruktur, pengangkutan dan pelancongan (MLIT) Jepun serta kementerian ekonomi, perdagangan dan industri (METI).

Sekumpulan panel bebas telah mengkaji berhubung penipuan ujian keselamatan oleh Daihatsu. Mereka mendapati Daihatsu menipu dalam ujian keselamatan untuk menjadikan kereta mereka kelihatan lebih selamat daripada yang sebenarnya. Ini berlaku pada bulan April. Daihatsu mengakui mereka melakukan sesuatu yang salah terutamanya dengan ujian yang memastikan kereta itu selamat dalam kemalangan. Lebih 88,000 kereta telah terjejas dan masalah utama ialah bahagian pintu kereta yang sepatutnya memastikan pengguna selamat dalam kemalangan dari sisi.

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize dalam versi hibrid turut terlibat dalam ujian perlanggaran sisi di mana Daihatsu telah mengumumkan terdapat penyelewengan dalam prosedur pensijilan pada bulan Mei. Berikutan dengan laporan awal ini, lebih banyak penyelewengan yang mereka telah temui dalam permohonan pensijilannya.

Antara rangkaian model yang terjejas yang dijual di bawah jenama Daihatsu adalah Toyota, Mazda dan Subaru. Tidak terkecuali juga untuk jenama Perodua di mana beberapa model telah disenaraikan baru-baru ini iaitu Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Aruz, Alza generasi kedua, Ativa, Myvi dan Bezza. Manakala model Toyota yang terlibat dengan pasaran Malaysia adalah Rush, Yaris, Vios dan Veloz.

Jom baca: Kenyataan PERODUA Berkenaan Skandal Ketidakaturan Prosedur & Ujian Keselamatan Daihatsu

Sumber : paultan.org

Gallery

  1. Meanwhile di Malaysia.. masih krik krik.. lebih kejar quantity dan sales dari quality dan honesty..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD