Xpeng X9 Didedahkan di Malaysia – MPV EV 7-Tempat Duduk, Bakal Lancar Tak Lama Lagi?

Xpeng X9 Didedahkan di Malaysia – MPV EV 7-Tempat Duduk, Bakal Lancar Tak Lama Lagi?

Anak syarikat kepada Bermaz Auto, Bermaz Xpeng, telah mendedahkan model MPV EV 7-tempat duduk mereka, Xpeng X9, buat pertama kalinya di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina bersama para Media di Glenmarie Golf & Resort.

Walau bagaimanapun, masih tiada lagi perincian penuh tentang model tersebut dan apa yang dipertontonkan semalam juga masih lagi merupakan unit R&D. Satu benda yang pasti adalah model ini akan dilancarkan tak lama lagi ke dalam pasaran Malaysia.

Rekaan luaran Xpeng X9 dilihat sangat memukau dengan rekaan yang futuristik di bahagian lampu hadapan dan lampu belakang melintang. Kelihatan juga corak honeycomb di bahagian hadapan hidden door-handle di bahagian pintu serta logo Xpeng.

Menjengah ke bahagian dalam, tempat duduk penumpang belakang kelihatan sangat premium dengan susunan kerusi 2-2-3 dan dilengkapi dengan paparan skrin hiburan bersaiz 21.4 inci untuk penumpang belakang. Di bahagian pemandu, rekaannya minimalis dan tidak banyak butang-butang kawalan selain dari 2 tempat cawan dan pengecas telefon tanpa wayar.

MPV EV 7-tempat duduk ini juga kelihatan paling panjang di dalam segmennya dengan ukuran 5,293 mm panjang, 1,988 mm lebar, 1,785 mm tinggi dan jarak roda 3,160 mm. Bagi spesifikasi penuh bateri dan jarak gerak, masih belum diketahui lagi namun adakah mungkin sama dengan apa yang dipasarkan di Hong Kong? Sama-sama kita nantikan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD