By: Melissa Alias

Wanita Maut Digilis Lori Simen Ketika Berhenti di Lampu Isyarat, Dipercayai Alami Masalah Brek

Seorang wanita maut digilis sebuah lori simen ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam. Mangsa merupakan seorang anggota Jabatan Penjara Malaysia Sungai Udang, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan seperti muka dan […]

Zeekr 009 Kini Hadir dengan Varian Executive – Jarak 604 km, 7-Tempat Duduk, RM310k

Zeekr Group telah melancarkan varian baharu Zeekr 009 Executive di Malaysia Autoshow pada 8 Mei 2025. Tempahan kini dibuka pada harga RM310,000 untuk 500 pelanggan pertama. Varian ini hanya hadir dalam 7-tempat duduk sahaja. Ia ditawarkan dalam dua warna elegan iaitu Phantom Black dan Crystal White. Bahagian dalaman pula menggunakan kulit NAPPA lembut dengan fungsi […]

Maxim Malaysia Masih Beroperasi, Sedang Berbincang dengan Pihak Berkuasa

Susulan dengan pengumuman penutupan operasi syarikat e-hailing InDrive dan Maxim kerana didakwa beroperasi tanpa kelulusan yang sah, Maxim Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Menurut laporan Paultan, Maxim menyatakan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin sambil menjaga kepercayaan dan reputasi yang telah dibina. Syarikat itu mahu menjelaskan keadaan kepada […]

5 Buah Kenderaan di Jalan Klang-Banting Berdepan Detik Cemas, Dirempuh Sebuah Treler

Para pemandu di sepanjang Jalan Klang–Banting cemas apabila sebuah treler hilang kawalan dan merempuh lima buah kenderaan berhampiran sebuah bank semalam. Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, kemalangan itu berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari. Pemandu treler tersebut hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah treler lain serta empat buah kenderaan. Menurut laporan New […]

Honda e:N1 Kini Dilancarkan di Malaysia – 1 Varian, 500 km Jarak NEDC, RM149,900

Honda Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 dan istimewa sempena pelancaran rasmi ini, syarikat itu menawarkan harga jualan pada RM149,900, untuk kuantiti terhad. Dari segi saiz, e:N1 seakan-akan sama dengan HR-V iaitu 4,380 mm panjang, 1,592 mm tinggi, dengan jarak roda 2,610 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 344 liter dan meningkat […]

Nahas Anggota FRU: Puspakom Sedia Beri Kerjasama Bantu Pihak Berkuasa

Puspakom, iaitu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, menyatakan bahawa mereka bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak. Menurut laporan Bernama, Puspakom memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengulas siasatan yang sedang dijalankan atau memberi maklum balas terhadap komen orang ramai, sebagai tanda hormat […]

Kerajaan Pertimbang Keadaan Ekonomi Semasa Sebelum Laksana Subsidi Bersasar RON95

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa sebelum membuat keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95. Beliau menjelaskan bahawa pelan ini masih memerlukan perbincangan terperinci di peringkat Jemaah Menteri, dan pandangan daripada kementerian berkaitan juga akan diambil kira. Beliau memberitahu pihak media bahawa sebarang cadangan akan […]

Warga Bangladesh Ditahan, Tawar Perkhidmatan Prebet Sapu Secara Haram

Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram dan cuba meraih simpati dengan memberi alasan hendak mencari wang lebih. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan, suspek yang berusia 20 tahun itu ditahan ketika […]

Suami Isteri Nyaris Maut, Rempuh Seekor Gajah di Lebuh Raya

Sebuah lagi kemalangan yang melibatkan seekor gajah berlaku di mana sepasang suami isteri nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh haiwan tersebut di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kemalangan berlaku sekitar jam 9.20 malam ketika pasangan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Mersing […]

Penutupan Operasi inDrive dan Maxim di Malaysia Menyebabkan Kadar Tambang e-Hailing Naik – TPAD

Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) telah menyuarakan kebimbangan selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan syarikat e-hailing global, inDrive dan Maxim, untuk menghentikan operasi mereka di Malaysia menjelang 24 Julai 2025. Arahan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke. TPAD mengakui bahawa kerajaan bertanggungjawab mengawal selia industri demi keselamatan dan ketenteraman. Namun, TPAD percaya […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD