NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Logo PERODUA pada jersi Man United?

Logo PERODUA pada jersi Man United?

PETALING JAYA: Manchester United dilaporkan telah menghubungi PERODUA untuk membincangkan potensi penajaan, termasuk kemungkinan memaparkan logo jenama automotif tempatan itu pada jersi rasmi pasukan.

Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat rasmi daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan kini sedang menilai tawaran berkenaan.

“Saya secara peribadi penyokong Arsenal, jadi kalau ini berlaku, rasa macam tak adil pula untuk Arsenal,” katanya sambil berseloroh ketika ditemui pada satu sidang media.

Menurut beliau, minat yang ditunjukkan oleh United membuktikan bahawa jenama PERODUA semakin dikenali di peringkat antarabangsa. Jika kerjasama ini menjadi kenyataan, PERODUA bakal menyertai jenama-jenama besar seperti Chevrolet dan Hyundai yang pernah menjadi penaja kelab tersebut sebelum ini.

Perkembangan ini pastinya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, terutama penyokong Manchester United di Malaysia. Adakah kita bakal melihat logo PERODUA menghiasi jersi kelab gergasi England itu?

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy