NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta: Simbol Status atau Beban Gaya Hidup?

Kereta: Simbol Status atau Beban Gaya Hidup?

Masyarakat Malaysia sering mengukur nilai status sosial dan ekonomi seseorang melalui kereta yang dipandu. Kalau pandu kereta besar pasti dianggap kaya. Dek kerana itu sesetengah orang sanggup berhempas-pulas mengeluarkan jumlah wang yang banyak setiap bulan semata-mata untuk memiliki kereta besar.

Namun begitu, persoalan yang perlu ditanya kepada mereka yang berhajat untuk memiliki kereta besar adalah– apakah kereta tersebut praktikal untuk kegunaan harian mereka?

Bila Kereta Jadi Status

“Wah, dia drive BMW sekarang. Confirm dah ‘naik’.”
Pernah dengar ayat macam ni? Atau mungkin kita sendiri pernah fikir begitu. Jenama kereta tertentu dah lama sinonim dengan kemewahan. Mercedes, BMW, Lexus — nama-nama yang bila disebut, kita dah terbayang rumah besar, baju branded, dan lifestyle mewah.

Tambah pula dengan pengaruh media sosial. Orang post gambar pegang stereng berlogo mahal, caption “grind now, shine later” — kita yang tengok pun mula rasa, “aku pun kena ada kereta macam tu jugak.” Padahal kita tak tahu cerita di sebalik loan 9 tahun tu.

Realiti di Sebalik Enjin

Hakikatnya, tak semua yang memandu kereta mewah itu benar-benar mampu. Ramai yang ‘stretch’ bajet semata-mata nak nampak berjaya. Bayar ansuran bulan-bulan, tapi makan pun kena berjimat. Roadtax, insurans, servis — semua tu kos yang orang jarang cerita masa tayang gambar kat Instagram.

Kadang-kadang kita terlalu kejar rupa, sampai terlupa fungsi sebenar. Sedangkan kereta A yang lebih jimat minyak dan murah servis pun boleh bawa ke destinasi sama macam kereta B yang harganya tiga kali ganda.

Psikologi di Sebalik Pilihan

Sebagai manusia kita pasti ada keinginan nak rasa dihormati, nak rasa kita “dah berjaya.” Tapi sampai bila nak hidup ikut pandangan orang? Tekanan dari rakan-rakan, gaya hidup sekeliling, semua tu boleh mednorong kita membeli benda bukan sebab kita perlu, tapi sebab kita nak ‘match’ standard orang lain.

Ada perbezaan antara beli sebab mampu, dan beli sebab nak nampak mampu.

Jadi, Simbol atau Beban?

Tak salah nak bergaya. Tak salah nak reward diri dengan kereta impian. Tapi pastikan kita buat keputusan atas sebab yang betul, bukan sebab nak puaskan mata orang. Kadang-kadang, kereta sederhana yang dibayar lump sum lebih ‘kaya’ dari kereta mewah yang datang dengan hutang bertahun-tahun.

Pada akhirnya, kereta cuma sekadar kenderaan yang membawa kita dari point A ke point B. Yang betul-betul tunjuk kita ‘kaya’ bukan jenama kat stereng, tapi cara kita menguurus kewangan, hidup tenang tanpa ikut tekanan, dan bijak membezakan antara keperluan dengan kehendak.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD