Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan yang mengatakan mulai bulan Ogos, individu yang ingin membeli kereta harus membayar sekurang-kurangnya 10% wang pendahuluan dan tiada lagi pinjaman penuh akan diberikan.
Jika dilihat, tidak semua orang mempunyai wang simpanan atau tabung untuk membeli kereta dan perkara ini semestinya akan membebankan golongan muda yang baru sahaja mahu memulakan pekerjaan dan masih belum mempunyai sebarang wang simpanan untuk membeli kereta.
Penjual kenderaan juga bersetuju dan mengatakan bahawa penurunan jualan kenderaan akan dilihat sekiranya peraturan baharu ini dikuatkuasakan. Tambah mereka lagi, lebih 50% menggunakan perkhidmatan pinjaman penuh semasa membeli kereta.
Adakah wajar peraturan baharu ini dilaksanakan? Adakah kalian bersetuju? Apa-apa pun, kerajaan perlu sehabis baik mengkaji dan menilai baik buruknya sebelum membuat keputusan untuk mulakan peraturan baharu ini.
Sumber : Sinar Harian
Zainol hamid says:
Xde beza antara bayar 10% dgn beli pimjaman penoh dri segi bayaran bulan sb tu ramai yg beli pimjaman penoh..elok buat kira2 dulu sblum buat peraturan..
Tok Di says:
Wajar dilaksanakan. Golongan muda tak payahlah nak berlagak dgn cara pinjaman kenderaan 100%. Belajar menyimpan duit dan bersusah-susah dahulu.
hilman says:
Betul tu..gaji 1500 acah acah nak pakai x50.dia ingt pKai krta ni byr bln2 jer kot.bnda lain x yah pkr