NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pandu Pulang Kereta Dengan Kadar Faedah Serendah 0.7% di Karnival OMODA & JAECOO 2025!

Pandu Pulang Kereta Dengan Kadar Faedah Serendah 0.7% di Karnival OMODA & JAECOO 2025!

Bermula 21 hingga 24 Ogos 2025, Desa ParkCity bakal menjadi tumpuan apabila Karnival OMODA & JAECOO kembali membawa kemeriahan. Empat hari penuh aktiviti ini bukan sekadar untuk mempamerkan kenderaan baharu, tetapi sebuah pengalaman yang menggabungkan gaya hidup premium, keterujaan memandu, dan hiburan santai untuk seisi keluarga.

Pengunjung berpeluang untuk mendekati barisan model terbaru OMODA & JAECOO, merasai sendiri prestasinya menerusi sesi pandu uji, selain menikmati pelbagai aktiviti, sajian enak dan hadiah menarik. Suasana yang santai tetapi penuh keriangan, sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga atau sekadar mahu mengisi masa di hujung minggu dengan sesuatu yang berbeza.

Sempena sambutan kemerdekaan, OMODA & JAECOO tampil dengan tawaran istimewa untuk model JAECOO J7. Dilengkapi enjin 1.6L turbo 4-silinder dengan kuasa 194 HP dan 290 Nm tork, varian J7 AWD ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.7% atau pilihan 7 tahun servis percuma (tertakluk terma & syarat).

J7 2WD pula ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.8% atau 5 tahun servis dan penyelenggaraan percuma. Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih mesra alam, J7 PHEV hadir dengan jarak gerak elektrik sehingga 106 km, lengkap dengan jaminan bateri selama 10 tahun atau 1,000,000 km (tertakluk terma & syarat).

Harga untuk rangkaian J7 ini bermula daripada RM138,800 bagi 2WD, RM148,800 untuk AWD dan RM158,800 untuk PHEV. Dengan rekaan dalaman yang moden, teknologi keselamatan pintar dan prestasi yang mantap, tawaran ini memang sukar dilepaskan, lebih-lebih lagi dengan promosi sempena bulan kemerdekaan ini.

Karnival OMODA & JAECOO bukan sekadar acara automotif biasa. Ia peluang untuk anda merasai sendiri gabungan teknologi, gaya dan keseronokan, sambil meraikan bulan kemerdekaan. Jadi, kosongkan jadual anda, ajak orang tersayang, dan pastikan anda menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD