NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PROTON Raih Jualan Bulanan Tertinggi Sejak 2022

PROTON Raih Jualan Bulanan Tertinggi Sejak 2022

Proton Holdings Bhd (PROTON) menutup Ogos 2025 dengan kejayaan besar apabila merekodkan 15,228 unit kenderaan terjual  prestasi bulanan terbaik syarikat itu sejak tiga tahun lalu.

Jumlah itu melonjakkan jualan keseluruhan tahun ini kepada 100,902 unit, mengekalkan PROTON di kedudukan kedua pasaran automotif tempatan. Dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan 73,890 unit, penguasaan pasaran PROTON kini mencecah 20.6 peratus, naik berbanding 19.3 peratus pada Julai.

Model baharu Proton X50 menjadi penyumbang utama apabila lebih 5,000 unit berjaya diserahkan hanya dalam tempoh 38 hari selepas pelancaran. Proton Saga terus unggul dengan 6,331 unit terjual pada Ogos, menjadikan jumlah terkumpulnya 44,676 unit tahun ini.

Model lain turut mencatat prestasi positif:

  • S70 – 1,210 unit (jumlah terkumpul 11,960 unit)

  • X90 – 220 unit (SUV segmen D paling laris)

  • X70 – 627 unit (5,598 unit setakat ini)

  • Persona – 1,379 unit

  • Iriz – 305 unit

Segmen kenderaan elektrik (EV) juga semakin kukuh dengan Proton e.MAS 7 merekodkan 852 unit pada Ogos, meningkat 20.7 peratus berbanding bulan sebelumnya. Sehingga kini, lebih 5,800 unit model itu sudah berada di pasaran.

Eksport turut mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan 586 unit dihantar ke luar negara pada Ogos, peningkatan 49 peratus berbanding tahun lalu. Jumlah eksport keseluruhan kini mencecah 3,144 unit, diterajui model X50, Saga dan e.MAS 7.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang, berkata pencapaian ini membuktikan strategi syarikat berada di landasan tepat.
“Dengan pelancaran model baharu termasuk EV mampu milik Proton e.MAS 5 serta pembukaan kilang EV di Tanjung Malim, kami yakin prestasi ini dapat dikekalkan sehingga hujung tahun,” katanya.

PROTON juga bakal melancarkan e.MAS 7 di Singapura pada 17 September ini sebagai usaha memperkukuh kedudukan di pasaran serantau.

Sumber: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD