Perodua nampaknya bukan sekadar sibuk buat kereta — tapi juga nak bawa pengalaman pemanduan ke tahap yang lebih “connected”. Bersama pelancaran aplikasi super P-Circle, jenama nasional ini turut memperkenalkan jam tangan pintar pertamanya yang dinamakan P-Go.
Kalau tengok luaran, P-Go nampak moden dan premium dengan badan aloi zink serta skrin AMOLED 1.43 inci resolusi tinggi (466 x 466). Skrin dia dilindungi Corning Gorilla Glass 3, jadi tak perlu risau sangat pasal calar masa pakai harian. Kalis air pun ada – 3ATM, cukup untuk tahan hujan atau basuh tangan, tapi bukan untuk menyelam la ya.
Dari segi ketahanan, bateri 320 mAh ni boleh tahan hingga 10 hari, atau sekitar 4–6 hari kalau fungsi penjejak aktiviti diaktifkan. Jadi tak perlu risau sangat kalau lupa caj sehari dua.
Untuk ciri, semua yang biasa ada pada smartwatch moden turut disertakan – penjejak langkah, kadar denyutan jantung, oksigen darah, tekanan darah, tidur, semua cukup lengkap. Bila disambungkan dengan aplikasi P-Circle, semua data kesihatan tu boleh disemak terus dalam telefon.
Tapi yang paling menarik — jam ni boleh jadi kunci kereta Perodua kau! Serius. P-Go boleh berfungsi macam key fob untuk keyless entry dan push start pada model Axia, Alza, Ativa dan Myvi, dengan sokongan untuk model akan datang juga. Nak aktifkan fungsi ni, kena ke pusat servis Perodua untuk tetapkan isyarat RF pada jam.
Untuk pengetahuan, perkakasan jam ni sebenarnya datang dari China (ZeroBeans Smartwatch), tapi antara muka dan sistem dalamannya dibangunkan oleh Perodua sendiri. Menariknya lagi, versi lebih kecil khas untuk wanita pun akan dilancarkan tidak lama lagi.
Secara keseluruhan, Perodua P-Go bukan sekadar jam pintar biasa – tapi simbol bagaimana Perodua mula bergerak ke arah gaya hidup automotif yang lebih pintar, moden dan “connected”. Dengan harga RM950, ini mungkin aksesori paling bergaya untuk pemilik kereta Perodua sekarang.
Sumber: paultan.org
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?