NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS 5 Cecah 3,000 Tempahan, e.MAS 7 Terus Kuasai Pasaran EV Tempatan!

Proton e.MAS 5 Cecah 3,000 Tempahan, e.MAS 7 Terus Kuasai Pasaran EV Tempatan!

PRO-NET, anak syarikat PROTON, meraikan pencapaian luar biasa apabila Proton e.MAS 5, kereta elektrik mampu milik pertama Malaysia, berjaya mencatat 3,000 tempahan hanya dalam seminggu, termasuk 1,607 tempahan dalam masa 24 jam pertama!

Pencapaian ini mengukuhkan lagi keyakinan terhadap jenama e.MAS, selepas kejayaan Proton e.MAS 7 yang kekal sebagai EV No.1 di Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut, dengan jumlah jualan 6,655 unit setakat 30 September 2025,  termasuk 443 unit dieksport ke luar negara.

“Dua kejayaan besar dalam satu bulan, sambutan hebat untuk e.MAS 5 dan jualan kukuh e.MAS 7. Terima kasih rakyat Malaysia kerana terus percayakan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Mr. Zhang Qiang.

Dengan harga anggaran antara RM60,000 hingga RM80,000, Proton e.MAS 5 menawarkan teknologi moden dan pengalaman pemanduan setanding model EV yang lebih mahal. Ia tampil dengan reka bentuk kompak, ruang dalaman luas, serta teknologi pintar seperti:

  • Paparan 14.6” FHD dengan sistem ATLAS Auto OS

  • Wireless Android Auto / Apple CarPlay

  • Aplikasi Proton e.MAS App untuk sambungan pintar

  • Jarak pemanduan WLTP 325 km dan pengecasan pantas

Rasa sendiri pengalaman e.MAS 5!
Mulai 17 Oktober 2025, Proton e.MAS 5 boleh dilihat di semua bilik pameran Proton e.MAS seluruh negara.

Tempah awal dengan hanya RM99 dan nikmati ganjaran eksklusif!

  • Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC pra-muat RM100
  • Rebat RM500 untuk yuran tempahan
    (Terhad kepada 5,000 pelanggan pertama sahaja.)
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD