Tesla terus memperkukuh rangkaian pengecasannya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger V4 terbaharu di Pavilion Damansara Heights. Empat unit pengecas berkelajuan tinggi kini ditambah bagi melengkapi enam pengecas destinasi sedia ada yang menawarkan lebih banyak pilihan pengecasan pantas untuk pengguna Tesla, sama ada untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh hujung minggu.
Dengan penambahan ini, Tesla kini mengendalikan 16 stesen Supercharger (72 pengecas) dan 16 stesen Destination Charger (73 pengecas) di seluruh negara. Melalui pengecas Supercharger, Model 3 boleh menambah sehingga 311 km jarak dalam masa hanya 15 minit, bersamaan empat kali ulang-alik antara Pavilion Damansara Heights dan Tesla Center Cyberjaya.
Selain itu, lebih 9,000 isi rumah di Malaysia kini menggunakan program Tesla Home Charging, membolehkan pemilik mengecas kenderaan mereka bila-bila masa di rumah. Tesla turut mengumumkan bahawa beberapa lokasi baharu bakal dibuka tidak lama lagi, termasuk Nexus Bangsar South (Kuala Lumpur), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan The Mall, Mid Valley Southkey (Johor).
Tesla turut menekankan komitmennya untuk menawarkan kenderaan elektrik berteknologi tinggi dengan kos pemilikan yang rendah.
– Model 3, sedan elektrik paling laris di dunia dengan jarak sehingga 750 km (WLTP), kini ditawarkan dengan 0% faedah dan bayaran bulanan serendah RM1,588.
– Model Y, kenderaan paling laku di dunia dengan ruang simpanan melebihi 2,130L dan penarafan keselamatan tertinggi, boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM1,888.
Rebat cukai EV akan tamat pada 31 Disember 2025, dan slot kenderaan adalah terhad. Untuk tempahan, pandu uji atau rundingan, pelanggan boleh menghubungi 1800-810-655 (toll-free) atau kunjungi Tesla Experience Centre di Cyberjaya, Pavilion Damansara Heights, Gurney Plaza (Pulau Pinang) dan Johor.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh