1. Rancang, tapi jangan terlalu stres!

Buat sedikit kajian tentang tempat yang nak dilawati, macam cuaca, budaya, dan pengangkutan. Tapi jangan sampai overthinking. Kadang-kadang, pengalaman spontan itulah yang buat perjalanan lebih bermakna.
2. Sentiasa “check-in” dengan seseorang di rumah

Walaupun travel solo, jangan putuskan komunikasi. Hantar lokasi terkini atau update ringkas setiap hari pada keluarga atau kawan rapat. Ia nampak kecil, tapi penting kalau berlaku kecemasan.
3. Pilih penginapan yang ada reputasi baik

Baca review betul-betul, bukan sekadar tengok gambar. Pilih tempat yang ramai pelancong perempuan lain pernah tinggal. Lebih selamat, lebih tenang hati nak tidur malam.
4. Percaya pada instinct sendiri

Kalau rasa tak selesa, keluar dari situasi tu. Sama ada orang yang baru kenal atau tempat yang rasa mencurigakan, dengar kata hati. Instinct perempuan jarang silap.
5. Bawa diri dengan yakin, bukan dengan takut

Jalan dengan penuh keyakinan, walaupun dalam kawasan baru. Orang lebih cenderung menghormati seseorang yang nampak tahu apa dia buat, walaupun dalam hati tengah risau sikit!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?