passionately driven

Niat Baik Bertukar Tragedi: Wanita Maut Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan di Manjung

Niat Baik Bertukar Tragedi: Wanita Maut Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan di Manjung

Apa yang sepatutnya jadi tindakan mulia bertukar menjadi detik menyayat hati. Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera selepas mereka sekeluarga berhenti untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Kampung Kayan, Sitiawan, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.19 pagi membabitkan lima kenderaan, sebuah lori, dua motosikal, sebuah pacuan empat roda dan sebuah kereta.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, keluarga itu menunggang motosikal SYM dan berhenti di lokasi kejadian untuk membantu dua mangsa yang menaiki Honda terbabas ke bahu jalan.

Namun, belum sempat mereka berbuat apa-apa, sebuah lori datang dari arah belakang lalu melanggar motosikal yang mereka naiki. Impak itu turut membabitkan sebuah Toyota Hilux yang dinaiki lima warga Pakistan serta sebuah motosikal Honda EX5.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan penilaian awal dan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas KKM, manakala wanita yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi yang melibatkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan itu selesai sepenuhnya sekitar jam 11.10 pagi.

Sumber: Astro Awani

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD