passionately driven

Singa Panjat Lori Dalam Perjalanan, Terjun Atas Jalan Sebelum Ditemui Tidur Di Tepi Lebuh Raya

Singa Panjat Lori Dalam Perjalanan, Terjun Atas Jalan Sebelum Ditemui Tidur Di Tepi Lebuh Raya

Gelagat seekor singa di Afrika Selatan mencuri perhatian ramai selepas ia dirakam berdiri di atas bumbung lori bergerak sebelum melompat ke atas jalan raya dalam satu kejadian luar biasa yang kini tular di media sosial.

Rakaman video yang dikongsi oleh pemandu di belakang lori itu menunjukkan singa berkenaan berdiri megah di atas bumbung seolah-olah menikmati “road trip”, sebelum ia melompat turun ke jalan berhampiran bandar Bakerville.

Menurut laporan The Sun UK, haiwan itu sebenarnya sedang dipindahkan ke habitat baharu selepas terlepas dari kawasan kurungan. Namun, mungkin masih dalam mood “adventure”, singa tersebut sempat buat ‘stunt’ sebelum berhenti di tepi jalan.

Disebabkan masih di bawah kesan ubat bius, singa itu kemudian berbaring tenang di bawah pokok, mencetuskan gelak tawa netizen yang menyamakan aksinya seperti “ambil cuti rehat”.

“Ia memang satu pelarian yang luar biasa. Singa itu sempat menikmati pemandangan dari atas lori sebelum melompat. Tapi bila saya sampai, ia dah tertidur di bawah pokok,” kata Dr. Anton Nel, doktor haiwan yang tiba di lokasi kejadian.

Tambahnya lagi, singa tersebut akhirnya dimuatkan semula ke dalam lori tanpa sebarang insiden untuk meneruskan perjalanan tetapi kali ini, mungkin dengan pengawasan lebih ketat.

Sumber: KOSMO!

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD