NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tesla Panggil Semula 13,000 Kenderaan Akibat Masalah Bateri

Tesla Panggil Semula 13,000 Kenderaan Akibat Masalah Bateri

Tesla sekali lagi jadi perhatian apabila kira-kira 13,000 unit Model 3 dan Model Y keluaran 2025 dan 2026 dipanggil semula selepas dikesan menghadapi masalah pada komponen penyentuh bateri, menurut laporan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Amerika Syarikat.

Masalah pada bahagian tersebut boleh menyebabkan kenderaan hilang kuasa semasa pemanduan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

NHTSA memaklumkan, Tesla akan menggantikan penyentuh bateri tersebut secara percuma, dan pemilik kenderaan yang terlibat dijangka menerima notis rasmi pada 9 Disember ini.

Panggilan semula ini melibatkan hampir 13,000 kenderaan di seluruh Amerika Syarikat, susulan siasatan yang dijalankan terhadap laporan kegagalan sistem tenaga bateri pada beberapa model.

Sumber: Astro Awani

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy