PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai–Sedenak bermula 27 hingga 30 Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan.
Menurut kenyataan PLUS, kerja-kerja berkenaan akan dijalankan pada waktu malam dari 10 malam hingga 5 pagi bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.
Lencongan melibatkan dua laluan utama, iaitu:
KM34.20 hingga KM36.20 arah selatan, dan
KM32.50 hingga KM34.50 arah utara di Lebuh Raya Utara–Selatan.
Sepanjang tempoh kerja, kenderaan akan dilencongkan ke lorong paling kanan bagi memberi ruang zon kerja yang selamat serta memastikan aliran trafik kekal lancar.
PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya:
Merancang perjalanan lebih awal dan semak maklumat trafik melalui aplikasi PLUS,
Patuhi papan tanda dan arahan petugas
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?