Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Ladang Victoria, Pulau Pinang, pagi Khamis.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 10.07 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dikerahkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan kami mendapati sebuah Toyota Vellfire tenggelam di dalam parit sedalam kira-kira satu meter, dengan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.
Katanya lagi, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I Ahmad Zaki Sabri bersama enam anggota mengambil masa kurang 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
“Lelaki itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap menggunakan van EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.51 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?