passionately driven

Udang Bertabur Atas Jalan, Penduduk Tak Lepas Peluang

Udang Bertabur Atas Jalan, Penduduk Tak Lepas Peluang

Penduduk di sebuah kampung di Lombok Barat, wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia,  kecoh seketika apabila sebuah lori yang membawa muatan udang terbalik di tengah jalan, minggu lalu.

Menurut laporan Lambe Turah, kejadian berlaku pada Khamis selepas lori tersebut dipercayai terbabas akibat jalan licin, menyebabkan muatan udang bertaburan di atas jalan raya.

Tidak menunggu lama, penduduk sekitar terus keluar dan membantu mengutip udang-udang tersebut bagi mengelakkan kemalangan lain.

Rakaman video kejadian itu kemudian tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna menulis, “Bagus tolong kemas, tapi jangan pula ada yang ambil bawa balik. Kasihan pemandu tu.”

Namun begitu, ramai juga memuji inisiatif penduduk yang membantu tanpa mengambil kesempatan, berbeza dengan situasi lain yang sering dilihat apabila barangan tumpah di jalan raya.

Tindakan spontan mereka dianggap contoh sikap prihatin dan tanggungjawab bersama apabila berdepan kejadian tidak dijangka seperti itu.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD