Proton Saga 2026: Lebih Selamat, Lebih Bijak, Lebih Tenang Untuk Semua!

Proton Saga 2026: Lebih Selamat, Lebih Bijak, Lebih Tenang Untuk Semua!

Proton Saga serba baharu kini mencipta sejarah sebagai kereta A-segmen pertama negara yang lulus ujian Autonomous Emergency Braking (AEB) untuk penunggang motosikal di bawah piawaian ASEAN NCAP. Ini menjadikan model ini sebagai penanda aras baharu dalam aspek keselamatan di kelasnya.

14 Fungsi Baharu, Lebih Komprehensif Dalam Keselamatan

Saga baharu hadir dengan 14 ciri keselamatan terkini, termasuk sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih. Antara ciri utama:

  • 6 Airbags (front, side & curtain) – melindungi pemandu dan penumpang dari depan, sisi, serta bahagian atas kepala.
  • Monocular Camera – kamera hadapan khas untuk mengesan objek, kenderaan, pejalan kaki dan motosikal.

  • Rear Side Radar (dual) – radar di bahagian belakang kiri dan kanan untuk mengesan kenderaan lain dari sisi atau belakang.

  • Forward Collision Warning (FCW) – beri amaran jika ada risiko pelanggaran dari arah depan.

  • Autonomous Emergency Braking (AEB) – membrek secara automatik bila pemandu tak sempat bertindak.

  • Rear Collision Warning (RCW) – beri amaran jika ada kenderaan mendekati dari belakang dengan laju.

  • Door Opening Warning (DOW) – beri amaran kalau pintu dibuka semasa ada kenderaan lain hampir dari belakang.

  • Lane Change Assist (LCA) – bantu kesan kenderaan di kawasan blind spot ketika menukar lorong.

  • Intelligent High Beam Control (IHBC) – kawal lampu tinggi secara automatik tanpa menyilaukan pengguna jalan lain.

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA) – beri amaran jika ada kenderaan melintas dari belakang semasa keluar dari parkir secara mengundur.

  • Front Departure Alert (FDA) – bunyi amaran jika kereta depan dah bergerak tapi kita tak perasan.

  • Lane Departure Warning (LDW) – beri amaran jika kereta keluar lorong tanpa isyarat.

  • Reinforced Safety Structure (RESS) – struktur badan kereta yang diperkuat untuk lindungi penumpang semasa pelanggaran.

“964 Golden Number”: Ringkas Tapi Padat Dengan Makna

  • 9 fungsi ADAS utama (5 berdasarkan kamera, 4 berdasarkan radar belakang)

  • 6 beg udara

  • 4 komponen keselamatan Proton RESS (seperti kerangka tiang tengah dan bar tempat duduk hadapan)

Hadir Dengan 2 Sistem Keselamatan Utama (ADAS)

1. Kamera hadapan 150 meter – mengawal 5 fungsi keselamatan:

  • Collision Mitigation Support Front (CMSF) – bantu kurangkan impak pelanggaran dari hadapan.

  • Autonomous Emergency Braking (AEB) – membrek automatik bila perlu.

  • Forward Collision Warning (FCW) – beri amaran awal kalau ada risiko langgar depan.

  • Front Departure Alert (FDA) – bunyi kalau kereta depan dah jalan tapi kita tak perasan.

  • Intelligent High Beam Control (IHBC) – lampu tinggi automatik yang adjust sendiri ikut keadaan jalan.

  • Lane Departure Warning (LDW) – amaran jika kereta terkeluar lorong tanpa sengaja.

2. Radar sisi belakang generasi baharu 120 meter – menyokong 4 fungsi utama:

  • Door Opening Warning (DOW) – elak buka pintu tiba-tiba bila ada kenderaan lain lalu.

  • Rear Collision Warning (RCW) – beri amaran jika ada kenderaan nak hentam belakang.

  • Lane Change Assist (LCA) – bantu waktu menukar lorong, elak dari dilanggar kenderaan yang tak nampak (blind spot).

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA) – bantu hentikan kereta bila ada kenderaan menyilang dari belakang semasa mengundur.

Dengan barisan ciri keselamatan terkini ini, Proton Saga baharu bukan sahaja lebih selamat untuk pemandu malah lebih prihatin terhadap pengguna jalan raya lain, termasuk penunggang motosikal dan pejalan kaki. Dengan kombinasi teknologi kamera dan radar ini, Proton Saga kini berjaya menyatukan inovasi pintar dalam model kereta yang mesra bajet. Keselamatan bukan lagi ciri premium tetapi keutamaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD