Seorang lelaki warga Malaysia ditahan polis Thailand selepas dikesan memandu kereta yang sarat dengan dadah jenis ketamin seberat 75 kilogram, bernilai kira-kira RM9 juta, di sebuah pos pemeriksaan di wilayah Chumphon, selatan Thailand.
Menurut laporan Thai Newsroom yang memetik Channel 7, suspek dikenali sebagai Teh Wei Yi, 25 tahun, ditahan selepas pemeriksaan ke atas kereta hitam bernombor plat Malaysia menemui dadah yang disembunyikan di ruang sulit dalam but kenderaan tersebut.
Ketika disoal siasat, Teh mendakwa dia tidak tahu mengenai dadah itu dan hanya diupah RM5,000 oleh seorang lelaki Malaysia untuk memandu kereta dari Bangkok ke Malaysia.
Suspek kini berdepan pertuduhan mengedar dan memiliki dadah Kategori 2 (ketamin) tanpa lesen, di bawah undang-undang dadah Thailand.
Dalam perkembangan berkaitan, polis Thai turut menjalankan tujuh serbuan serentak di Pattaya dan Phuket, bagi menumpaskan sebuah sindiket dadah besar.
Antara yang ditahan ialah Ornjira, teman wanita kepada ketua geng dadah Phakwat alias Joe Hoen Sai Thong, yang kini sudah dipenjarakan tetapi dikenakan tuduhan tambahan selepas penemuan 6.9 kilogram kristal methamphetamine dan 200,000 pil methamphetamine.
Turut diberkas seorang lagi lelaki dikenali sebagai Phuwanat, di sebuah kondominium di daerah Si Racha, wilayah Chonburi.
Pihak polis memaklumkan, Mahkamah Wilayah Phuket telah mengeluarkan waran tangkap terhadap lima lagi individu yang dipercayai terlibat dalam jaringan sindiket berkenaan.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?