Proton mengumumkan bahawa tempahan bagi All-New Saga kini dibuka di semua pengedar sah seluruh negara, menandakan satu langkah besar dalam evolusi sedan ikonik Malaysia.
Diperkenalkan pada 1985, Saga generasi baharu ini menampilkan reka bentuk moden, teknologi pintar, dan kejuruteraan tempatan sepenuhnya melalui platform Advanced Modular Architecture (AMA), dengan Proton kini memiliki hak penuh terhadap reka bentuk dan teknologi model ini, sekali gus membuktikan kematangan kejuruteraan tempatan serta keupayaan bersaing di peringkat global.

“Intelligence That Thrills”, menampilkan slogan baharu ini, All-New Saga menggabungkan reka bentuk pintar, prestasi mantap dan pengalaman pemanduan menyeronokkan, disokong oleh empat elemen utama di bawah falsafah I.C.O.N.
I – Impressive Performance
Dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5L bersama transmisi CVT, Saga baharu menawarkan pemanduan lebih lancar dan penjimatan bahan api sehingga 4.9L/100km (MDC). Sistem Electric Power Steering (EPS) memberikan kawalan lebih responsif, manakala ride & handling Proton kekal menjadi kekuatannya.
C – Comprehensive Safety
Dilengkapi sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS) dengan 9 fungsi keselamatan pintar, 6 beg udara, dan struktur badan Reinforced Safety Structure (RESS), Saga baharu menjanjikan perlindungan maksimum buat pemandu dan penumpang.
O – Optimised Intelligence
Bahagian dalaman lebih moden dengan paparan skrin gabungan 16 inci (Dual Integrated Display) yang menyatukan kluster digital dan infotainment, lengkap dengan wireless Apple CarPlay dan Android Auto. Antara ciri tambahan termasuk auto headlamp, Follow-Me-Home lighting, dan pelarasan lampu automatik.
N – Next-Gen Style
Reka bentuk luarannya tampil lebih segar dengan lampu utama LED penuh, lampu belakang LED, serta gril hadapan bermotif ‘Sulaman Songket’, simbol identiti Malaysia. Rim dua tona 15 inci dan rekaan dalaman baharu menyerlahkan lagi gaya moden Saga ini.
All-New Saga ditawarkan dalam tiga varian utama:
Lima pilihan warna menarik disediakan iaitu Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver, dan Snow White. Harga anggaran bermula antara RM40,000 hingga RM50,000, menjadikannya kekal mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Menjelang pelancaran rasmi, Proton akan mengadakan kempen jelajah pra-pelancaran bertajuk IKONIK TOGETHER-GATHER di seluruh negara bermula 14 hingga 23 November 2025. Acara ini akan menampilkan gabungan makanan tempatan, gaya hidup, budaya, dan aktiviti komuniti, termasuk kolaborasi bersama key opinion leaders (KOL) tempatan bagi meraikan bagaimana Saga terus menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
Bagi yang membuat tempahan antara 10 November 2025 hingga tarikh pelancaran rasmi, dan mendaftar kenderaan sebelum 31 Disember 2025, Proton menawarkan:
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?