NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kurang Dari Sebulan Pelancaran, Proton e.MAS 5 Catat Lebih 10,000 Tempahan!

Kurang Dari Sebulan Pelancaran, Proton e.MAS 5 Catat Lebih 10,000 Tempahan!

Proton e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia, terus mencuri tumpuan rakyat apabila mencatat lebih 10,000 tempahan sejak pelancarannya baru-baru ini. Sambutan luar biasa ini menunjukkan rakyat semakin yakin dengan mobiliti elektrik yang mesra alam, praktikal, dan berpatutan.

Sementara itu, Proton e.MAS 7 pula telah terjual 7,413 unit setakat 31 Oktober 2025, termasuk 6,954 unit di pasaran tempatan dan 459 unit untuk eksport. Model ini mengekalkan kedudukannya sebagai EV nombor 1 Malaysia selama 10 bulan berturut-turut, membuktikan kepercayaan konsisten pengguna terhadap jenama tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata setiap tempahan mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kemampuan Proton menghasilkan EV yang berkualiti dan boleh diharap. “Kami akan terus komited menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh semua,” katanya.

Wilayah Tengah muncul sebagai kawasan dengan tempahan tertinggi untuk e.MAS 5, diikuti Wilayah Selatan dan Utara. Permintaan dari Sabah, Sarawak dan Pantai Timur turut meningkat. Majoriti pelanggan terdiri daripada golongan profesional muda yang menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan utama, manakala sebahagian lain memilihnya sebagai kereta kedua keluarga.

Reka bentuk kompak, moden, serta teknologi pintar menjadi tarikan utama model ini, selain penggunaan tenaga yang efisien dan kos penyelenggaraan rendah. Faktor-faktor ini menjadikan Proton e.MAS 5 sebagai pilihan ideal untuk pemanduan harian.

Sebagai tawaran pelancaran, Proton menawarkan rebat tunai RM3,000 dan pakej eksklusif bernilai hingga RM8,000termasuk pengecas rumah 7kW percuma serta data internet tanpa had selama lima tahun. Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2025, menjadikan pemilikan EV kini lebih berbaloi dan mampu dimiliki ramai.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD