Perkhidmatan LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitar dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Katanya, projek tersebut kini berada dalam fasa terakhir ujian dan pentauliahan bagi memastikan keselamatan serta keandalan sistem berada pada tahap terbaik sebelum dibuka kepada orang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa tarikh pelancaran rasmi hanya akan disahkan selepas semua ujian termasuk fault-free run (FFR) selesai tanpa sebarang isu teknikal. “Dalam perkhidmatan rel, aspek keselamatan dan kebolehpercayaan sangat kritikal. Kita mahu pastikan bila dibuka nanti, tiada gangguan,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Sebagai persediaan operasi, Rapid Rail Sdn Bhd telah melantik 956 pekerja merangkumi pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan dan sokongan.
Sementara itu, mengulas insiden bumbung bocor di KLIA Terminal 1 baru-baru ini, Loke menegaskan bahawa Malaysia Airports (MAHB) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terlibat. Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai memalukan dan memberi imej buruk kepada negara, lebih-lebih lagi jika berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP kerja.
Loke turut menegaskan pendiriannya untuk tidak berkompromi dalam isu kenderaan lebih muatan, yang menurutnya sudah lama membebankan infrastruktur dan keselamatan jalan raya. Tegasnya, hanya ketegasan berterusan dapat menyelesaikan masalah yang diwarisi puluhan tahun.
Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan peruntukan RM6.77 bilion bagi Kementerian Pengangkutan dalam Belanjawan 2026.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?