Monorail dilaporkan terkandas di laluan Medan Tuanku berhampiran Maju Junction pagi tadi, menyebabkan penumpang cemas dan perjalanan terganggu. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan pada 9.39 pagi sebelum pasukan dari BBP Titiwangsa dikerahkan ke lokasi.
Menurut Komander Operasi PBK I Mohamad Remi Che Hat, keadaan berjaya dikawal sebaik pasukan tiba tiga minit kemudian. Dalam insiden itu, seorang wanita berusia 58 tahun pengsan namun kembali sedar selepas diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak KKM.
Kerja pemindahan penumpang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan monorail bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat. Secara keseluruhan, 373 penumpang berjaya dipindahkan dari koc yang terhenti itu.
Sumber: MalaysiaGazette
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?