passionately driven

Bangunan Kuil Dibina Pada 2009 Di China Terbakar, Pelancong Jadi Punca Utama

Bangunan Kuil Dibina Pada 2009 Di China Terbakar, Pelancong Jadi Punca Utama

Sebuah kuil di kawasan pergunungan China habis dijilat api gara-gara tindakan cuai seorang pelancong yang didakwa menggunakan lilin dan colok tanpa kawalan. Kejadian pada 12 November di Wenchang Pavilion, Jiangsu Province itu mula tular selepas rakaman api marak dari bangunan atas bukit berkenaan tersebar di media sosial China.

Walaupun pavilion tersebut bukan tinggalan purba asal, ia tetap menjadi lokasi budaya popular bagi pelawat yang mendaki kawasan Fenghuang Mountain. Ramai terkejut melihat video api yang menjulang tinggi bersama asap hitam tebal dari struktur tersebut.

Menerusi video yang dikongsi orang ramai, bangunan tiga tingkat itu kelihatan cepat musnah dijilat api sehingga bumbungnya runtuh. Pavilion berkenaan sebenarnya dibina pada tahun 2009, namun reka bentuknya mengikuti seni bina tradisional.

Pihak berkuasa turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai “irresponsible” kerana bukan sahaja membahayakan bangunan, malah berisiko mencetuskan kebakaran hutan di kawasan sekitarnya. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau korban jiwa dilaporkan.

Selepas siasatan selesai, pavilion itu akan dibina semula mengikut gaya asal dan langkah keselamatan tambahan akan diperkenalkan bagi mengelakkan insiden sama berulang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD