Seorang lelaki berusia 38 tahun maut dalam keadaan tragis selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 26, Jalan Lok Heng–Mawai, petang semalam.
Mangsa, R. Sasitharan, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dan terbakar di seluruh badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.35 petang.
Siasatan awal mendapati lori jenis Volvo itu hilang kawalan sebelum menjunam ke gaung dan terus terbakar. Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut, manakala kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?