passionately driven

RM3.7 Juta Minyak Hitam Haram Dirampas PPM

RM3.7 Juta Minyak Hitam Haram Dirampas PPM

Sebuah premis yang dipercayai memproses minyak hitam secara haram sejak setahun lalu diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di Kapar pada Rabu. Serbuan dilakukan sekitar jam 9 pagi oleh PPM Pelabuhan Klang selepas menerima maklumat awam.

Menurut Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari, pemeriksaan menemukan 56 skid tank mengandungi 1,321,000 liter minyak hitam. Syarikat terbabit juga didapati beroperasi tanpa sebarang permit daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kesemua barang rampasan bernilai kira-kira RM3.7 juta disita di bawah Akta JAS dan Akta MPK sebelum diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. Minyak hitam tersebut dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD