Subaru Malaysia akhirnya membawa masuk Forester 2025 serba baharu ke pasaran tempatan. Buat permulaan, hanya varian 2.5i-S EyeSight ditawarkan, dipasang penuh dari Jepun (CBU), dengan harga bermula sekitar RM221,500.
Model generasi keenam ini mula membuat kemunculan global pada 2023 dan kini tampil dengan rekaan yang jauh lebih matang. Forester terbaru ini hadir dengan gril besar berkemasan hitam, lampu LED yang lebih agresif serta cladding tebal yang menguatkan karakter SUV lasaknya. Ditambah pula dengan ground clearance 220 mm, ia kekal sebagai model pilihan untuk mereka yang mahukan gaya dan ketahanan.
Menariknya, Subaru turut menyelitkan sentuhan nostalgia — beberapa elemen rekaan seperti kemasan bampar bawah dan lengkuk roda bersegi mengingatkan kepada Forester generasi pertama.

Lampu utama LED automatik dengan fungsi Steering Responsive & auto-leveling
Lampu belakang kombinasi LED
Lampu kabus LED depan & belakang
Rim aloi 18 inci dua tona
Roof rail rendah
Cermin hadapan & sisi dengan perlindungan UV

Bahagian dalamannya turut menerima penyegaran besar. Forester 2025 kini menampilkan skrin infotainmen bersaiz 11.6 inci dalam orientasi potret, lengkap dengan kawalan pendingin hawa terbina dalam. Butang suhu fizikal masih dikekalkan untuk kemudahan.
Ruang dalaman dihiasi dengan corak parametric dan kemasan seakan kayu, memberi sedikit suasana premium tanpa meninggalkan identiti praktikal Subaru. Meter analog dan susunan butang yang familiar menjadikan ia mudah dibiasakan.

Skrin infotainmen 11.6 inci Full HD (6 pembesar suara)
Kluster meter analog + paparan 4.2 inci
Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
USB Type-A & Type-C (depan & belakang)
Pengecas tanpa wayar
Penyaman udara dwi-zon
Upholsteri kulit + mikrofiber
Kerusi pemandu laras kuasa 10 arah (memori & lumbar)
Kerusi penumpang hadapan laras kuasa 8 arah
Tempat duduk belakang lipat 60:40
Stereng laras tilt & teleskopik
Pintu but kuasa bebas tangan

Untuk pasaran Malaysia, Forester 2025 hadir dengan konfigurasi tunggal:
Enjin Boxer 2.5 liter NA yang dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT, serta sistem Symmetrical All-Wheel Drive yang terkenal dengan kestabilan maksima. Sistem ini turut disokong oleh Dual-function X-Mode, membantu kenderaan menyesuaikan cengkaman mengikut permukaan jalan.
Kuasa maksimum: 185 hp @ 5,800 rpm
Tork maksimum: 247 Nm @ 3,700 rpm
0-100 km/j: 9.7 saat
Kelajuan maksimum: 205 km/j
Walaupun masih dibina di atas platform Subaru Global Platform (SGP), Subaru mendakwa Forester baharu kini 30% lebih tegar dalam kekukuhan kilasan. Sistem suspensi MacPherson strut di hadapan dan double wishbone di belakang juga dikeraskan kira-kira 10%, menjadikannya lebih stabil di selekoh. Malah, sistem stereng yang diinspirasikan daripada WRX memberi rasa pemanduan yang lebih tepat.
Secara dimensi, Forester 2025 kini 15 mm lebih panjang dan 15 mm lebih lebar berbanding sebelum ini. Ketinggian serta jarak roda kekal sama.
Model ini juga mendapat sistem keselamatan EyeSight 4.0, kini dengan tiga kamera untuk jarak pengesanan lebih luas, terutama bagi pejalan kaki dan penunggang basikal.

Satu fungsi baharu yang menarik ialah sistem pemantauan pemandu yang membolehkan Emergency Driving Stop System — sistem ini menghentikan kenderaan secara selamat jika pemandu hilang respons ketika cruise control aktif.
Autonomous Emergency Braking + Pre-collision Throttle Management
Adaptive Cruise Control dengan Lane Centering
Lane Departure Prevention
Reverse Automatic Braking
Autonomous Emergency Steering
Amaran kenderaan hadapan bergerak
High Beam Assist
8 beg udara
Steering Responsive Headlights
Kamera 360°
Blind-Spot Monitor

Setiap pembelian Forester 2025 hadir bersama:
Waranti 5 tahun / 100,000 km
Servis percuma 5 tahun
Pembeli boleh memilih daripada 11 warna, termasuk tiga pilihan baharu:
River Rock Pearl
Cashmere Gold Opal
Daybreak Blue Pearl
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?