passionately driven

Warga Emas Maut Tercampak Selepas Tayar Lori Pecah

Warga Emas Maut Tercampak Selepas Tayar Lori Pecah

Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun maut dalam kemalangan di KM27 Lebuhraya Pasir Gudang tengah hari semalam selepas lori yang dipandunya hilang kawalan dan terbalik ke dalam longkang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, kejadian berlaku sekitar 12.20 tengah hari apabila tayar belakang kiri lori jenis Mitsubishi itu tiba-tiba pecah ketika berada di lorong tengah.

Akibat itu, pemandu gagal kawal kenderaan sebelum lori terbabas ke bahu kanan jalan dan terbalik. Hentakan kuat menyebabkan mangsa tercampak keluar dan mengalami kecederaan serius di kepala.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa periksa keadaan kenderaan dan memandu dengan berhemah.

Sumber: MalaysiaGazette

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD