Hujan lebat yang berterusan sejak malam Ahad kembali menyebabkan banjir melanda Hulu Langat, dengan Masjid Sungai Serai di Kampung Sungai Serai dinaiki air melebihi satu meter.
Menurut penduduk, Muhammad Nik Nurman, 21, air mula melimpah ke jalan utama sekitar jam 12 tengah hari sebelum naik dengan cepat sehingga mencecah paras paha.
“Hujan dari malam tadi tak berhenti. Air naik tinggi dari pukul 12 tengah hari tadi dan ini paras paling tinggi bulan ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Situasi dijangka bertambah buruk sekiranya hujan berterusan, memaksa penduduk di sepanjang laluan utama kampung berpindah ke tempat selamat selepas beberapa rumah dilaporkan tenggelam separuh.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah dibuka untuk menempatkan mangsa terjejas. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cheras kini giat menjalankan operasi memindahkan penduduk menggunakan bot penyelamat serta kenderaan pacuan empat roda.
Selain masjid, beberapa kedai makan berhampiran turut dinaiki air sehingga paras meja. Akses ke premis-premis perniagaan juga terputus akibat arus deras.
Tinjauan sekitar jam 2 petang menunjukkan paras air masih meningkat dan pasukan keselamatan dijangka meneruskan operasi sepanjang hari.
Orang ramai dinasihatkan berpindah lebih awal dan mengelakkan kawasan dinaiki air bagi mengurangkan risiko keselamatan.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?