
Subang Jaya, 5 Disember 2025 — Penghujung tahun ini, Proton Tech Showcase 2025 menjadi pentas penting bagi industri automotif Malaysia melihat hala tuju sebenar teknologi, tingkah laku pengguna, dan cabaran semasa dalam peralihan kepada mobiliti masa depan.
Nazz Abdullah, personaliti automotif Malaysia yang dikenali melalui NAZZ&CO Media, telah dijemput sebagai panelis jemputan dalam forum bertajuk “The Future of Automobiles”, bersama barisan panel dari pengurusan kanan Proton dan pakar akademik dari UTM.
Sesi ini menampilkan barisan panel profesional yang seimbang dari segi akademik, korporat dan pengguna:
Prof. Ir. Dr. Muhammad Azmi Ayub – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM
Yusri Yusuf – Pengarah Kanan, Strategi Korporat, Proton
Nazz Abdullah – Pengulas Automotif & CEO NAZZ&CO Media
Sesi turut dihadiri oleh tokoh penting Proton termasuk:
– Dato’ Abdul Rashid Musa (Timbalan CEO Proton)
– Encik Roslan Abdullah (Bekas Timbalan CEO Proton)

Dalam sesi forum ini, Nazz berkongsi pandangan yang berpijak di bumi nyata — bukan sekadar teori atau jangkaan pasaran. Antara isu yang dibincangkan:
“Orang pilih SUV dan MPV bukan sebab nak ikut trend. Tapi sebab praktikal — lebih tinggi, lebih selamat, dan sesuai untuk keluarga,” jelas Nazz.
Namun beliau menegaskan bahawa sedan masih relevan, terutama untuk pembeli pertama, pemandu e-hailing, dan pengguna yang utamakan kos rendah. Pasaran kini bukan membuang satu segmen, tapi semakin terpecah kepada keperluan khusus.
“Kita bukan takut teknologi. Kita cuma pilih teknologi yang hormat poket kita, jalan kita, dan cara hidup kita.”
Beliau memberi contoh bagaimana rakyat Malaysia cepat terima sistem e-wallet dan ADAS bila manfaatnya jelas. Tetapi untuk EV — masih ada cabaran dari segi harga, jarak perjalanan, dan fasiliti pengecasan.
“Rakyat Malaysia suka teknologi bantu — bukan teknologi yang ambil alih terus.”
Menurut Nazz, ramai pembeli tertarik pada ciri seperti Adaptive Cruise Control dan Traffic Jam Assist, tapi belum bersedia untuk kereta ‘jalan sendiri’ sepenuhnya. Isu kepercayaan, budaya, dan infrastruktur masih jadi faktor utama.
Kehadiran Nazz Abdullah sebagai satu-satunya pengulas automotif yang mewakili suara pengguna, membuktikan semakin pentingnya suara creator tempatan dalam dialog strategik bersama jenama besar seperti Proton.
“Saya tak datang sebagai engineer, tapi sebagai pemerhati pasaran. Apa yang saya bawa adalah suara pembeli sebenar — yang guna kereta hari-hari, yang fikir harga dan keselamatan, bukan sekadar spesifikasi atas kertas.”
Proton Tech Showcase 2025 bukan sekadar acara pelancaran. Ia jadi platform untuk melihat bahawa Proton sedang bergerak ke arah yang betul — membina EV, menambah ciri keselamatan, dan mengambil serius suara pasaran.
Dan bagi Nazz Abdullah, ini bukan kali pertama diberi kepercayaan — tapi kali ini, impaknya lebih besar. Suara pengguna kini berada di atas pentas — sama penting dengan suara jenama.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?