NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton SAGA 2025: Hampir 40,000 booking, Daripada Pentas Pelancaran ke Rekod Tempahan

Proton SAGA 2025: Hampir 40,000 booking, Daripada Pentas Pelancaran ke Rekod Tempahan

Nazz Abdullah, Nabil Ahmad, Ain Edruce and Imran Aqil.

Pada 10 November 2025, kami berdiri atas pentas yang sama Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah berdiri 40 tahun lepas.
Nazz Abdullah, Nabil Ahmad, Ain Edruce dan Imran Aqil
sebagai hos pembukaan tempahan untuk model baharu Proton Saga 2025.

Hari itu, kami hanya tahu satu: Model ini bakal “meletup”. Tapi apa yang berlaku selepas itu — jujur saya tak jangka.


40,000 Tempahan Dalam Sebulan

• 10,000 tempahan dalam 5 hari
• 20,000 dalam 17 hari
• 30,000 dalam 25 hari
40,000+ menjelang pertengahan Disember

Ini bukan sekadar “sambutan hebat”.
Ini berpotensi jadi salah satu rekod tempahan terpantas dalam sejarah automotif Malaysia.


Proton Saga — Masih Kukuh Di Hati Rakyat

Dalam era kereta import dan crossover canggih,
Proton Saga kekal relevan.
Dengan harga mampu milik, nilai praktikal, dan jenama nasional —
rakyat masih percaya.

Sebagai pengulas automotif dan pencipta kandungan,
saya nampak sendiri trend ini setiap minggu:
Model tempatan masih menang. bila strategi betul, cerita betul, dan kepercayaan rakyat dikekalkan.

Nazz Abdullah and Imran Aqil.

Gallery

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy