NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda Malaysia Lancar Kempen “Hybrid Done Right” Dan Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

Honda Malaysia Lancar Kempen “Hybrid Done Right” Dan Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

Honda Malaysia lancar kempen Hybrid Done Right dan buka tempahan All-New Prelude eHEV 2026 dalam satu pengumuman besar yang menandakan era baharu mobiliti elektrif jenama ini di Malaysia.

Kempen ini bermula 1 April hingga 30 Jun dan menawarkan ganjaran menarik kepada pembeli, malah turut memperkenalkan Honda All-New Prelude, sports coupe eHEV pertama dalam sejarah Honda Malaysia sebagai kemuncak kepada portfolio hibrid jenama ini yang semakin berkembang.

Dua Dekad Kepakaran Hibrid: Asas Kukuh Honda e:HEV

Lebih dua dekad kepakaran teknologi hibrid, sistem Honda e:HEV moden mencerminkan komitmen jenama ini untuk menghadirkan pengalaman pemanduan yang sofistikated dan menyeronokkan kepada pelanggan Malaysia

Sistem ini beroperasi dengan bijak melalui pertukaran antara mod pemacu elektrik, hibrid dan enjin secara lancar bagi mengoptimumkan output dalam semua keadaan pemanduan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki menjelaskan falsafah teras yang menjadi nadi perkembangan teknologi hibrid jenama ini.

“Teknologi hibrid Honda sentiasa dibangunkan dengan satu fokus yang jelas — untuk memastikan prestasi, kecekapan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini oleh pelanggan setiap hari. Pada masa yang sama, kami percaya elektrifikasi tidak harus mengorbankan keseronokan pemanduan. Sistem e:HEV kami direka untuk menghasilkan pemanduan yang lancar namun responsif, setia kepada DNA Honda iaitu fun driving,” katanya.

Beliau menambah bahawa sistem ini menghasilkan tork segera dan pecutan yang lancar, mewujudkan pengalaman pemanduan yang menarik dan diperhalusi.

Sistem ini mencerminkan komitmen Honda untuk menjadikan mobiliti elektrif bukan sahaja praktikal dan cekap, malah menyeronokkan buat pelanggannya.

Pada masa ini, pemacu e:HEV tersedia merentasi model-model utama Honda Malaysia termasuk City, City Hatchback, HR-V, Civic dan New CR-V — menguatkan lagi kehadiran hibrid jenama ini di pasaran tempatan.

Kempen Hybrid Done Right: Ganjaran Lumayan Sehingga 30 Jun 2026

Bagi membuktikan komitmen ini kepada pengguna, Honda Malaysia melancarkan kempen “Hybrid Done Right” yang menawarkan dua pakej ganjaran kepada dua kumpulan sasaran yang berbeza.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Honda e:HEV sepanjang tempoh kempen akan menikmati rebat tunai tambahan RM2,000 dan perkhidmatan buruh percuma selama dua tahun pertama pemilikan.

Mereka juga akan mendapat satu kemasukan ke dalam lucky draw bulanan untuk peluang memandu All-New Prelude selama satu minggu selepas pelancaran rasminya nanti.

Pemilik Honda hibrid sedia ada pula dijemput menyertai “Hybrid Done Right Contest” dengan berkongsi bacaan penggunaan bahan api sebenar bagi satu tangki penuh di media sosial. Peserta dengan prestasi penggunaan bahan api terbaik akan diberikan ganjaran pakej servis percuma selama setahun.

All-New Prelude: Ikon Legenda Kembali Sebagai Sports Coupe eHEV Pertama

Kemuncak kepada semua pengumuman ini ialah pelancaran semula salah satu nameplate paling ikonik dalam sejarah Honda — All-New Prelude. Tempahan kini sudah dibuka secara rasmi, dengan pelancaran penuh dijangka berlaku dalam suku kedua 2026.

Ini menjadikan All-New Prelude sebagai sports coupe eHEV pertama dalam sejarah Honda Malaysia.

Teknologi S+ Shift: Debut Pertama Di Malaysia

All-New Prelude memperkenalkan S+ Shift Technology untuk pertama kalinya dalam barisan Honda Malaysia. Disepadukan dengan Active Sound Control, sistem ini mensimulasikan peralihan gear dan meningkatkan responsiviti enjin melalui koordinasi tepat antara enjin dan dua motor elektrik.

Hasilnya ialah pengalaman pemanduan yang lebih engaging dan dinamik dengan tindak balas throttle yang lebih tajam, kawalan yang lebih baik dan maklum balas pelbagai deria

Fungsi shift hold pula meningkatkan ketepatan pemanduan, membolehkan kenderaan bertindak balas secara tepat kepada input pemandu dan trajektori yang diingini.

Kuasa 184 PS Dan 315 Nm: Prestasi Yang Mencabar Konvensyen

All-New Prelude dikuasakan oleh pemacu 2.0L e:HEV Honda yang canggih, menghasilkan 184 PS dan tork 315 Nm  Sistem ini memberikan pecutan segera, penghantaran kuasa yang linear dan kawalan yang tepat.

Reka Bentuk Sports Coupe Yang Memukau

Dari segi dimensi, All-New Prelude berukuran 4,522 mm panjang, 1,880 mm lebar dan 1,355 mm tinggi dengan jarak roda 2,605 mm. Reka bentuk luarannya dipertingkat dengan bumbung yang licin hasil teknik laser brazing, pemegang pintu flush, gril krom hitam serta tambahan biru halus di bahagian bawah bamper hadapan dan belakang.

Lampu hadapan LED dan lampu belakang LED dengan kanta merah menambahkan ciri kesukanan kenderaan ini, bersama Active Cornering Lights yang dipertingkat untuk meningkatkan penglihatan semasa pemanduan malam. Menyempurnakan karakter sportnya, All-New Prelude berdiri di atas roda aluminium 19 inci yang dipasangkan dengan brek Brembo berkapasiti tinggi.

 

Honda SENSING Standard: Keselamatan Tidak Dikompromikan

Honda Malaysia mengekalkan keutamaan keselamatan dalam All-New Prelude dengan melengkapinya bersama Honda SENSING, sistem Blind Spot Information (BSI) dan Cross Traffic Monitor (CTM) untuk memastikan kesedaran dan keyakinan pemandu yang dipertingkatkan di atas jalan raya.

Tempahan All-New Prelude kini boleh dibuat melalui portal tempahan rasmi di prebook.honda.com.my atau di mana-mana pengedar Honda yang diberi kuasa di seluruh negara.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD